• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Kedai Cermin Mata Murah Di Shah Alam

December 6, 2020 by Pakcufiq Leave a Comment

Kedai cermin mata murah sememangnya dicari oleh orang yang bermata rabun. Sebabnya ialah, kemungkinan besar akan bergantung sepenuhnya kepada cermin mata atau contact lens. Kemudian,

Bagi jangka masa panjang, harga yang murah di samping kualiti yang terbaik memang akan jadi keutamaan. Ada juga sesetengah majikan yang memberikan bantuan untuk pembelian cermin mata. Kalau dapat benefit yang macam ni memang beruntung sangat. Tak perlu nak keluarkan kos yang banyak untuk dapatkan cermin mata yang terbaik.

Kedai Cermin Mata Murah Menara Optometry

Cermin mata pakcu yang pertama dibeli di Menara Optometry iaitu waktu zaman study di universiti. Memandangkan bajet pun tak banyak, pakcu nak cari yang murah je.

Waktu masuk ke kedai, pakcu memang berterus terang je nak yang murah dan beritahu bajet pakcu. Rupa-rupanya banyak je yang harga mampu milik. Cuma kena tunggu beberapa hari baru lah siap untuk diambil.

Daripada cermin mata pertama sampailah sekarang, pakcu masih lagi masuk ke Menara Optometry ni walaupun sesekali pergi ke kedai lain juga.

Menara Optometry ada banyak cawangan. Setakat ni, pakcu hanya pernah pergi di cawangan Shah Alam sahaja iaitu di Seksyen 18 dan Plaza Alam Sentral. Untuk lain-lain lokasi boleh rujuk website Menara Optometry.

kedai cermin mata murah
Frame Ray-Ban dan Transition Lens jadi pilihan

Harga Di Bawah RM200 Sahaja!

Cermin mata pertama pakcu berharga kurang dari RM200+ iaitu harga keseluruhan termasuk frame dan lens. Lens tu pakcu cuma guna lens biasa je. Kalau tak silap, lebih kurang 2 tahun lebih juga pakcu guna. Kemudian terpaksa beli yang lain sebab power dah makin naik.

Biasanya, yang akan tentukan harga kos keseluruhan tu nanti akan bergantung kepada jenis frame dan lens. Kalau jenama popular macam Ray-Ban, Oakley, Gucci, Prada, dll memang harganya agak mahal. Begitu juga dengan lens. Kalau transition lens akan lebih mahal daripada lens biasa.

Kebaikan Transition Lens

Transition lens yang pertama pun pakcu beli di Menara Optometry. Sebelum tu, kena periksa mata terlebih dahulu. Dalam bahasa mudahnya, transition lens ni bertukar jadi gelap bila berada di kawasan ada cahaya matahari atau UV.

Antara kebaikan transition lens ni ialah:

  • Selesa dipakai samada indoor atau outdoor
  • Mempunyai perlindungan UV. Jadi, tak perlu lagi nak pakai sunglass. Pakai transition lens pun dah nampak bergaya sebab lens akan bertukar menjadi gelap.
  • Ada pelbagai jenis yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan bajet.

Frame Cermin Mata Murah Dan Berjenama

Sepanjang pakcu pakai cermin mata ni, ada 2 jenama yang pakcu dah guna iaitu:

  • Swatch – Waktu mula-mula pakai cermin mata memang pakcu guna brand ni sebab ini antara frame yang berharga murah, ada pelbagai design menarik dan berkualiti.
  • Ray-Ban – Bila dah ada bajet lebih, pakcu pun berlagak sikit untuk upgrade kepada ray-ban. Kesemua frame terkini yang pakcu pakai adalah berjenama Ray-Ban. Pakcu guna ray-ban sebab ada banyak design, tahan lasak dan boleh dapat pada harga di bawah RM500.

Penjagaan Cermin Mata

Samada cermin mata yang dibeli tu mahal atau murah, tetap kena jaga elok-elok. Sekurang-kurangya, cermin mata tu boleh digunakan untuk tempoh lama. Walaupun ada banyak kedai cermin mata murah, takkan la asyik nak ganti cermin mata je kan sebelum tiba waktunya.

  • Jangan sesekali letak merata-rata terutama atas lantai. Walupun cuma nak letak sekejap, cuba letakkan di tempat tinggi. Pakcu sendiri pernah terpijak cermin mata sampai patah frame tu. Dah la frame Ray-Ban. Boleh bikin menangis kalau dah patah tu.
  • Cuci dengan lens cleaner untuk elakkan ada habuk, bakteria, berkulat dan sebagainya. Gunakan kain jenis microfiber untuk cuci atau lap sebab lebih lembut dan tak berbulu. Jangan gunakan kain yang kasar, nanti lens boleh rosak.

Related posts:

Bantuan Prihatin Nasional Bagi Golongan B40 & M40
Serum Rambut Terbaik Dengan Harga Berpatutan
AJL34-Ramalan Juara Untuk Anugerah Juara Lagu 34

Filed Under: SEMBANG KEDAI KOPI

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2023 ยท pakcufiq.com