Contact lens terbaik ni sebenarnya agak subjektif dan bergantung kepada individu. Sebagai seorang pemakai contact lens, pakcu telah mencuba beberapa jenis contact lens untuk serasikan dengan mata pakcu.
Panduan Memilih Contact Lens
- Untuk pertama kali nak cuba pakai contact lens, sangat digalakkan untuk dapatkan nasihat optometrist. Optometrist akan ajar cara nak pakai dengan betul dan panduan penjagaan. Pakcu pun belajar pakai contact lens dari optometrist ya, bukan dari google atau youtube.
- Cuba dapatkan trial pack terlebih dahulu untuk tahu jenis apa yang sesuai dengan mata. Jangan terus beli banyak sebab takut tak serasi pulak nanti. Sebab contact lens ni ada beberapa jenis iaitu ada yang biasa, ada yang soft.
- Contact lens ni ada yang daily dan ada yang monthly. Kalau rasa nak pakai sekali sekala, lebih baik beli yang daily. Kalau nak pakai selalu, belilah yang monthly untuk lebih jimat.
Brand Contact Lens Terbaik
Kebanyakan brand yang dijual di pasaran tu semuanya terbaik tetapi pakcu lebih konfiden untuk beli di optical shop untuk mengelakkan produk tiruan. Sebenarnya, kalau nak cari contact lens terbaik, memang kena cuba satu persatu.
Daily Contact Lenses
Daily ni berkonsepkan pakai buang. Bila dah tanggal tu tak boleh nak guna lagi. Untuk orang yang malas nak jaga contact lens, sesuai lah guna yang daily ni. Sangat selesa dipakai tapi harus diingat yang harganya agak mahal.
Pakcu guna daily ni bila nak travel sebab senang nak pakai dan tak perlu nak jaga sangat. Antara brand yang pakcu pernah guna ialah:
- Acuvue Moist – Ini brand pertama pakcu beli. Brand ni memang tak mengecewakan dan selesa dipakai sepanjang hari. Tapi faktor lens yang lembut tu macam tak selesa pulak dengan pakcu. Tangan pakcu ni dah la kasar. Nak pakai pun susah.
- DAILIES AquaComfort PLUS – Lepas pakcu mengadu kat optometrist tu nak lens yang keras sikit, dia recommend untuk cuba aqua comfort ni. Biasannya pakcu order dulu sebab kalau walk in susah dapat stock. Tu pun pakcu order biasanya 3 box dan kalau ada promo dapat 1 box percuma. Brand ni memang serasi dengan mata pakcu dan paling banyak pakcu guna. Tak ingat dah berapa puluh kotak pakcu beli.
- CooperVision – Pakcu tukar brand ni sebab pindah rumah dan kedai kat rumah pakcu tu ada jual brand ni dan selalunya memang ready stock. Lepas pakcu cuba trial pack, agak serasi juga dengan mata pakcu.
- Baush & Lomb – Brand ni pun bagus juga dan tersangatlah soft. Bila dah melekap pada mata, memang selesa pakai sepanjang hari. Cuma bila terlalu soft ni, pakcu susah la nak pakai. 10 minit pun masih terkial-kial nak kasi lens tu melekap pada mata.
Anggaran harga untuk 1 kotak ialah dalam lingkungan RM90-RM110. Kebiasaannya, 1 kotak ada 30pcs bersama dengan 15 pasang ataupun boleh dipakai untuk 15 hari.
Monthly Contact Lenses
Disebabkan pakcu memang selalu pakai contact lens, pakcu memang banyak beli yang monthly sebab lebih jimat. Untuk jenis ni, penjagaan kena teliti untuk pastikan lens sentiasa bersih bagi mengelakkan risiko jangkitan pada mata. Antara brand yang pakcu guna ialah:
- Air Optix – Brand yang pertama pakcu pakai hinggalah sekarang. Boleh dikatakan secara konsisten pakcu guna brand ni. Lens pun selesa kalau nak dipakai dari pagi sampai ke petang.
- CooperVision – Pakcu bertukar brand ni pun sebab kebetulan kedai yang pakcu pergi ni takde stok Air Optix. Disebabkan pakcu pun dah nak guna untuk kerja keesokannya, pakcu pun cuba je la guna brand ni. Ini pun kedai yang sama pakcu beli untuk jenis daily tu.
Anggaran harga untuk 1 kotak ialah dalam lingkungan RM60-RM70. Dalam 1 kotak ada 3pcs. Kalau nak cukupkan pasangan, kena beli lagi 1 kotak. Ada sesetengah orang mempunyai power berbeza. Kalau mata kiri dan kanan tu power tak sama, memang kena beli 2 kotak.
Cara Pakai Contact Lenses
Waktu mula-mula pakai contact lens ni memang agak kekok dan macam susah. Bila dah biasa, senang je nak pakai. Cuma agak cerewet bab kebersihan dan penjagaan. Ini antara perkara kena ambil perhatian:
- Pastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum sentuh lens.
- Untuk menjamin kebersihan, cuci dan rub lens tu guna solution terlebih dahulu.
- Sebelum pakai, pastikan lengkungan lens tu adalah betul. Sepatutnya lengkungan berbentuk mangkuk ya. Bukan bentuk pinggan.
- Asingkan lens untuk mata kanan dan mata kiri. Kalau dah dipakai pada mata kanan, jangan ditukar pulak pada mata kiri.
- Bila dah melekap pada mata, cuba jeling atas bawah kiri kanan untuk untuk pastikan betul-betul lekap pada mata dan dalam keadaan selesa.
- Jangan ditenyeh mata tu kalau terasa seperti masuk habuk dan sebagainya.
- Jangan sesekali tidur dengan contact lens. Sebelum tidur, sila tanggal lens tu.
- Jangan pakai lens untuk tempoh yang terlalu lama melebihi 12 jam.
- Untuk tanggal contact lens tu, hanya cubit sedikit kemudian tanggalkan dari mata. Kemudian cuci lens dan rub guna solution sehingga bersih.
- Simpan dalam bekas dan campurkan sedikit solution. Pastikan jangan disimpan dalam keadaan kering. Bila kering, lens akan keras dan rosak.
Leave a Reply