AJL34 bakal merpertaruhkan 12 lagu yang bakal menjulang trofi AJL. Gabungan penyanyi lama dan baru merancakkan lagi kehangatan AJL34. Pakcu ni bukan lah pakar bidang muzik. Cuma sekali sekala tu ada la rasa nak mengomen.
Senarai lagu yang layak ke AJL34
Seperti diumumkan, berikut merupakan lagu yang berentap pada malam final AJL34 nanti:

Agak-agak korang sape yang menang AJL34 ni? Kalau ikutkan kriteria pemilihan adalah berdasarkan kepada melodi dan lirik yang menyumbang markah 80%. Maknanya para juri dah boleh buat kira-kira sape yang layak. Cuma faktor penentu adalah pada hari persembahan iaitu 20% dari penyanyi itu sendiri.
Ramalan Juara AJL34
Ramalan pakcu buat ni hanya suka-suka sahaja. Nama pun ramalan kan. hehe.
- Sumpah – Naim Daniel
Naim ni boleh dianggap pendatang baru dalam industri muzik. Bermula sebagai pelakon kini boleh dianggap pencabar dalam nyanyian. Melodi lagu sumpah ni agak menarik dan kelihatan segar. Ni dah level-level antarabangsa. Dari segi liriknya juga agak bagus dan tidaklah terlalu simple. Kalau persembahan Naim pada hari pertandingan tu bagus, rasanya lagu ni bakal menjulang trofi AJL34.
- Rampas – Akim & The Majistret
Pertama kali pakcu dengar lagu ni pun dah terasa best. Muziknya memang menangkap telinga pendengar. Komposisi dan susunan muziknya juga agak padu. Menonjolkan sifat lagu ni yang berani. Liriknya juga bagus dan ada unsur positif. Rampas bakal menjadi pencabar terkuat untuk AJL34 ni.
- Ragaman – Faizal Tahir
Jarang-jarang ciptaan Faizal Tahir ni mengecewakan. Sekali dengar lagu ni agak klasik tapi elemen moden telah disuntik dalam lagu ni. Lirik lagu ni memang menghiburkan dengan menggambarkan keletah pasangan suami isteri. Boleh tersimpul malu pasangan suami isteri yang mendengarnya.
Begitulah serba sedikit ramalan pakcu untuk lagu yang bakal mendapat Top 3 di final nanti. Apapun penentu sebenar adalah pada aksi final itu sendiri.
Ramalan Juara Vokal Terbaik AJL34
Untuk vokal terbaik seakan buku bertemu ruas apabila bekas pemenang vokal iaitu Hafiz Suip dan Ernie Zakri bakal berentap. Pada aksi separuh akhir, vokal Hafiz agak sedikit tergelincir tapi mungkin boleh diperbaiki pad aksi final. Tidak dilupakan juga dengan Aina Abdul yang menarik perhatian pendengar dengan persembahan vokal yang padu. Dari segi teknikalnya, pakcu ramalkan Vokal Terbaik menjadi milik Ernie Zakri.
Leave a Reply