• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Terengganu

Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M

August 31, 2022 by Pakcufiq Leave a Comment

Pulau Perhentian Besar ni memang jadi destinasi pilihan pakcu sebaik sahaja sektor pelancongan domestik dibuka sepenuhnya selepas pandemik. Sebelum ni pakcu dah pergi ke Pulau Perhentian Kecil.

Disebabkan lepas raya ada lagi long weekend iaitu cuti umum Hari Wesak, pakcu pun plan nak ke Pulau Perhentian. Kawan pakcu yang survey penginapan kat sana. Bila public holiday, memang kena booking sebab biasanya bilik selalu penuh. Nasib memang baik sebab dapat juga bilik walaupun booking 3 hari sebelum bertolak ke pulau.

Itinerari Pulau Perhentian Besar 2H1M

Itinerari ringkas pakcu untuk trip 2H1M.

Jumaat

10.30pm – Bertolak naik bas dari TBS ke Kuala Besut

Sabtu
6am – Tiba di Terminal Kuala Besut (Singgah ke rumah kawan pakcu dulu sebelum ke jeti)
9.30am – Bertolak dari jeti Kuala Besut naik speedboat (Kena bayaran caj Taman Laut RM5 dan Majlis daerah Besut RM5. Jumlah RM10)
10.10am – Tiba di Pulau Perhentian Besar dan buat aktiviti bebas sementara tunggu waktu check-in.
1pm- Check in
2.30pm- Snorkelling trip
6pm- Snorkelling tamat & aktiviti bebas
9pm- Dinner

Ahad

8.30am- Sarapan & terus mandi-manda di pantai
12pm- Check-out dan bertolak balik ke Kuala Besut
2pm- Jalan-jalan sekitar Besut & Bukit Bubus (aktiviti tambahan)
9pm- Bertolak balik ke TBS

Kos untuk seorang:
Bas = RM93
Bilik & snorkeling trip dan boat transfer = RM195
Caj taman laut & Majlis Daerah =RM10
Makan minum =RM50
JUMLAH = RM348

Hari Pertama di Pulau Perhentian Besar

Bila sampai di Terminal Bas Kuala besut, boleh jalan kaki sahaja untuk ke jeti. Trip kali ni, pakcu singgah dulu ke rumah kawan yang tak jauh dari Kuala Besut.

Lepas sarapan, terus bertolak ke Jeti Kuala Besut. Sampai di Jeti kami selesaikan bayaran pakej di kaunter Transmarine. Dah siap bayar pakej, kena bayar caj taman laut dan caj majlis daerah Besut.

Speedboat bertolak jam 9.30am. Kami naik speedboat kecil je sebab speedboat yang besar tu dah bertolak awal ke pulau. Sampai di pulau lebih kurang 10.10am. Speedboat akan berhenti kat chalet mana kita menginap. Kena maklum kepada boatman kemana destinasi nak dituju.

Pulau Perhentian Besar
Dah sampai ke Pulau Perhentian Besar

Bila dah sampai di pulau, kami terus pergi ke chalet yag dah ditempah iaitu Bee Chalet. Tak jauh pun dengan pantai. Cuma chalet ni tak nampak la view pantai tu sebab dah terlindung dengan resort lain.

Disebabkan bilik pun belum siap kemas dan belum waktu check-in, kami terus buat aktiviti bebas bersantai kat pantai. Nasib memang baik sebab cuaca panas terik. Kami dapat check-in jam 1pm.

Pulau Perhentian Besar
Lepak di pantai sementara tunggu check-in. Cuaca memang panas terik
Jeti Taman Laut

Snorkelling trip

Aktiviti snorkelling bermula jam 2.30pm.

Kampung Nelayan

Kampung ni tak jauh pun dengan Pulau Perhentian Besar. Tak sampai 5 minit pun. Kat sini kami turun untuk beli barang-barang sikit sebab Kampung Nelayan paling murah berbanding tempat lain.

Jeti kat sini memang penuh sesak dengan pengunjung. Sempat juga la bersantai kat jeti sambil tengok ikan-ikan yang memang banyak kat sini.

Kampung Nelayan tempat paling sibuk di Pulau Perhentian

Turtle Point

Waktu kat sini ada la jumpa sekor penyu tapi jauh sangat ke dasar laut. Air laut kat sini pun macam ada arus sikit. Letih juga la nak melayan arus ni. Tahun 2019 dulu waktu pakcu ke sini nampak jelas juga la penyu tu. Kali ni nampak sayup sangat.

Gambar atas air sahaja sebab penyu jauh sangat

Shark Point

Shark kat sini paling susah nak munculkan diri. Dah 2 kali datang sini pun masih tak dapat jumpa lagi shark ni. Kat sini pun arus kuat juga sama macam waktu datang tahun 2019.

Kat sini arus kuat dan air pun dalam

Coral Point

Kat sini memang tak mengecewakan sebab banyak ikan dan coral pun cantik. Cuma kena hati-hati sikit bila mandi kat sini sebab ada tempat yang coral tu dekat sangat. Kalau terkena kaki takut rosak pulak coral tu. Kalau korang nak snorkelling kat Pulau Perhentian, pastikan tempat ni ada dalam list.

Banyak ikan-ikan dan terumbu karang

Lata Air Berani

Ni lokasi terakhir untuk snorkelling trip. Bagus juga la jadi lokasi terakhir sebab kat sini boleh bilas badan dari air yang turun dari atas bukit tu. Lata ni dah dibuat kolam dari guni pasir. Air memang jernih dan sejuk.

Snorkelling trip tamat lebih kurang 6pm.

Bila datang sini, jangan lupa mandi air lata ni. Memang sejuk

Suasana Petang & Malam Yang Tenang

Sebelum maghrib, sempat juga la bersantai kat pantai. Cuma Perhentian Besar ni agak terlindung dari sunset. Tak dapat la tengok pemandangan sunset.

Walaupun tak nampak sunset, pemandangan masih cantik. Suasana memang tenang takde bunyi bising pun.

Senja yang tenang

Untuk makan malam, memang rezeki kami juga sebab ada yang sudi berkongsi rezeki barbeque. Terima kasih untuk pengunjung yang buat family trip di situ & owner Bee Chalet. Semoga dimurahkan rezeki.

Filed Under: Terengganu

Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!

July 20, 2021 by Pakcufiq 2 Comments

Sunrise di Pulau Perhentian ni memang tidak mengecewakan. Di hari ketiga iaitu hari terakhir pakcu di Pulau Perhentian, peluang untuk melihat sunrise tak boleh dilepaskan. [Read more…] about Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!

Filed Under: Terengganu

Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik

July 19, 2021 by Pakcufiq 2 Comments

Snorkelling trip di Pulau Perhentian adalah aktiviti utama pakcu datang ke sini dan menjadi aktviti untuk hari kedua. Kalau dah masuk pulau, snorkelling dah menjadi kemestian. Pakcu pilih hari kedua sebab ada banyak masa untuk pakej long trip yang bermula dari pagi sampai petang. [Read more…] about Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik

Filed Under: Terengganu

Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

July 18, 2021 by Pakcufiq 4 Comments

Trip Pulau Perhentian Kecil ni antara trip yang menarik walaupun plan last minute. Trip ni pun dah lama iaitu tahun 2018 tapi malangnya ada banyak gambar pakcu tak dapat diselamatkan sebab masalah teknikal. Mujurlah ada juga sikit gambar untuk kenangan. [Read more…] about Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Filed Under: Terengganu

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2023 ยท pakcufiq.com