• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Cara Pergi Ke Tioman Island Menggunakan Jeti Mersing

June 15, 2020 by Pakcufiq Leave a Comment

Cara pergi ke Pulau Tioman ni takde lah susah sangat. Sebenarnya, untuk pergi ke Pulau Tioman ni ada 2 jeti iaitu di Jeti Mersing Johor dan Jeti Tanjung Gemok, Pahang. Pakcu kongsikan cara pergi ke Pulau Tioman menggunakan Jeti Mersing sebab pakcu pun jarang guna Jeti Tanjung Gemok tu.

Untuk makluman, feri di Jeti Mersing beroperasi sepanjang tahun. Feri hanya akan berhenti operasi jika ada larangan dari pihak berkuasa disebabkan laut bergelora dan angin kencang.

Di Jeti Tanjung Gemok pula biasa beroperasi dari Mac – Oktober. Ini disebabkan keadaan laut di sana berbahaya pada waktu monsun timur laut.

Cuma waktu feri di Jeti Mersing ni tak konsisten sebab bergantung kepada pasang surut air laut. Berbeza dengan Jeti Tanjung Gemok yang mempunyai jadual tetap.

Cara Pergi Ke Pulau Tioman

Sekiranya datang dari arah Kuala Lumpur, boleh pilih cara berikut:

  • Naik bas dari TBS ke Mersing. Kebanyakan bas akan melalui Jalan Kuala Pilah-Muadzam Shah-Rompin-Mersing. Kalau tak silap cuma Bas S&S International sahaja yang menggunakan highway.
  • Memandu sendiri melalui highway PLUS dan exit Tol Ayer Hitam. Kemudian melalui jalan dari Kluang ke Mersing. Harus berhati-hati sewaktu perjalanan dari Kluang ke Mersing sebab keadaan jalan yang bengkang bengkok dan berbahaya.
  • Memandu sendiri melalui Jalan Kuala Pilah-Muadzam Shah-Rompin-Mersing. Kalau pilih laluan ni, lebih baik naik feri di Jeti Tanjung Gemok sebab lebih dekat.

Naik Bas

Kalau naik bas, ada bas yang boleh turunkan di Jeti Mersing iaitu Sanwa Express. Lain-lain bas biasanya akan berhenti di Terminal Bas Mersing sahaja. Tapi jangan risau, tak jauh pun nak jalan kaki untuk ke jeti tu iaitu cuma 1km (13minit). Waktu berjalan kaki tu akan melalui kawasan Bandar Mersing yang tak berapa besar ni.

Cara pergi ke tioman
Pemandangan Bandar Mersing. Akan melalui roundabout ni jika berjalan dari Terminal Bas.
Kalau berjalan dari arah Bandar Mersing, akan nampak kaunter tiket di tepi jalan.

Memandu Sendiri

Kalau memandu sendiri, tak perlu risau pasal parking sebab banyak parking yang disediakan oleh Majlis Daerah Mersing dan pihak persendirian. Tapi kena bayar ya, bukan percuma. Harga dikira mengikut hari iaitu 1 hari = RM15.

Cara pergi ke tioman
Laluan masuk parking Majlis daerah Mersing. Ikut signboard yang dibulatkan tu.
Satu lagi private parking berhadapan Jeti

Proses Beli Tiket & Pendaftaran

Ini pun perkara yang penting juga terutama kalau baru pertama kali ke Pulau Tioman. Ada beberapa proses yang kena buat sebelum boleh naik feri. Kaunter tiket adalah di Mersing Harbour Centre dan bukan dijual di Jeti.

cara pergi ke tioman
Landmark untuk ke Jeti Mersing. Lokasi Jeti dan Kaunter Tiket berada di kawasan ini
Di sinilah kaunter jualan tiket

Proses ni adalah untuk Feri Bluewater Express/Bistari/Gemilang/Wawasan. Kesemuanya dibawah syarikat yang sama dan merupakan operator terbesar untuk Feri ke Tioman. Satu lagi syarikat ialah Cataferry. Untuk cataferry, pakcu kurang pasti prosesnya sebab belum pernah naik.

  1. Beli tiket di kaunter tiket. Sekiranya ada membuat pembelian secara online, kena datang juga ke kaunter ni untuk pengesahan. Sebaik-baiknya beli return tiket sebab di Tioman nanti tiket tak dijual di jeti. Hanya dijual di tempat tertentu dan waktu tertentu sahaja. Nanti cari tak jumpa pulak.

    Kaunter Tiket & Kaunter Pendaftaran
  2. Pergi ke kaunter sebelah tu untuk urusan pendaftaran. Serahkan mykad/mykid/passport. Cukup hantar sorang wakil je untuk pendaftaran. Tak perlu serabut beratur ramai-ramai.
  3. Bayar caj Taman Laut. Kaunter hanya berhadapan dengan Kaunter tiket. Maaf takde gambar.
  4. Ini adalah proses terakhir iaitu kena ambil boarding pass di kaunter boarding. Biasanya dibuka 30 minit sebelum feri berlepas atau dengar sahaja pengumuman yang akan dibuat. Kat kaunter ni pun boleh hantar wakil je dan bawa sekali dengan tiket feri. Boarding pass tu berbeza warna maksudnya feri yang akan naik bergantung kepada warna boarding pass tu.
  5. Tunggu pengumuman Boarding pass warna apa yang dah boleh masuk feri.. Hijau, kuning, merah, biru.. Kemudian barulah boleh masuk ke dalam feri. Biasanya dalam feri boleh duduk dimana-mana tanpa guna no. seat yang ada pada tiket. Jadi tak perlulah nak berebut dan bergaduh.

Pulau Tioman Destinasi Yang Mudah Untuk Dikunjungi

Begitulah serba sedikit cara pergi ke Pulau Tioman menggunakan Jeti Mersing. Pada waktu puncak iaitu musim cuti, memang tersangat lah ramai orang.

Mersing adalah bandar yang selamat dan tak perlu risau pasal keselamatan. Kalau naik bas tengah malam biasanya akan sampai awal pagi lebih kurang pukul 5. Tak jauh dari jeti iaitu di kawasan Bandar Mersing ada restoran mamak 24jam. Boleh la lepak di situ sementara tunggu kaunter feri buka.

Kalau dari Pulau Tioman nak balik ke Mersing tak banyak proses pun. Tunggu sahaja di Jeti dan dapatkan boarding pass. Sebab tu lah lebih baik beli return tiket. Tak perlu susah-susah nak cari tempat jual tiket.

Related posts:

Cara Tukar Duit Syiling Di Coin Deposit Machine
Cara Renew SSM Certificate Secara Online
Panduan Pilih Laptop Secondhand - Jangan Silap Beli

Filed Under: TIPS

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 ยท pakcufiq.com