Kasut yang selesa adalah penting untuk berjalan jauh. Ini bagi mengelakkan risiko kecederaan akibat daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai. Pemilihan kasut yang selesa bukan sahaja untuk berjalan jauh, tapi perlu juga untuk aktiviti atau pekerjaan yang banyak berjalan.
Pemilihan kasut yang selesa ni sebenarnya tak perlukan modal yang besar. Sebab ada jenama yang mampu milik untuk kita beli. Pakcu pun cuma mampu beli kasut yang murah je asalkan selesa dipakai.
Kasut Selesa Untuk Berjalan Jauh Jenama Skechers
Salah satu jenama yang pakcu guna ialah skechers. Pakcu pun baru lagi guna jenama ni lebih kurang 3 tahun dan ada 2 pasang kasut. Kedua-dua kasut ni pakcu gunakan untuk pergi kerja.
Variasi Skechers
Jenama skechers ni ada banyak jenis dan variasi. Kalau untuk berjalan ada variasi GOWALK MAX, GOWALK COOL, GOWALK REVOLUTION ULTRA, GOWALK 4, GOWALK SPORT, GOWALK 3 dan macam-macam jenis lagi. Ia sememangnya direka sebagai kasut selesa untuk berjalan jauh atau banyak berjalan.
Kelebihan Kasut Skechers
Kasut skechers ni ada beberapa kelebihan sepanjang pengalaman pakcu guna kasut jenama ni.
- Skechers dikenali dengan technology memory foam yang digunapakai pada tapak kasut. Memory foam ni adalah material yang sensitif dengan tekanan dan suhu. Sekaligus memberikan keselesaan dan sokongan yang baik pada kaki
- Sesuai dipakai untuk pelbagai aktiviti
- Tahan lasak dan boleh digunakan untuk tempoh lama. Kasut pertama yang pakcu beli pun masih boleh digunakan sampai sekarang walaupun penggunaannya sederhana aktif.
- Rekaan yang cantik untuk disesuaikan dengan pelbagai aktiviti dan tempat.
- Kualiti setanding dengan harga.
Lokasi Jualan
Skechers dah mempunyai lebih dari 100 lokasi jualan seluruh Malaysia. Boleh dikatakan setiap negeri mempunyai lokasi jualan terutama di pasaraya besar. Untuk maklumat lanjut berkenaan lokasi tersebut, boleh rujuk portal rasmi Skechers Malaysia.
Beli Pada Harga Promosi
Kebiasaannya kasut skechers dijual pada harga antara RM200-RM400. Tapi skechers ni selalu buat promosi terutama di LAZADA. Boleh dapat diskaun antara 30-50%. Pakcu beli kasut pertama di store Sunway Pyramid dengan diskaun 50%. Kasut kedua dibeli di LAZADA kalau tak silap diskaun 40%.
Sayangilah Kaki Kita
Apalah salahnya keluarkan sedikit modal untuk keselesaan kaki kita. Nak guna kaki ni berpuluh-puluh tahun. Dari muda ni eloklah guna kasut yang selesa untuk elakkan risiko kecederaan.
Leave a Reply