• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Cara Dapatkan Geran Kereta Di Bank

November 27, 2020 by Pakcufiq 24 Comments

Kalau kereta dah habis bayar memang kena tau cara dapatkan geran kereta di bank. Geran original ni pun penting terutama kalau dah berhajat nak jual kereta tu.

Pakcu pun baru juga habis bayar loan kereta ni. Selepas 9 tahun, akhirnya kereta tu pun jadi milik pakcu sepenuhnya. Jenuh juga nak habiskan hutang ni.

Waktu pakcu beli kereta dulu, salesman tu yang banyak menguruskan hal-hal yang berkaitan loan. Setelah beberapa permohonan loan dibuat, hanya Maybank yang memberikan interest paling rendah. Salesman tu berurusan dengan Maybank Cawangan Damansara Utama. Antara tempat yang pakcu jarang sangat pergi.

cara dapatkan geran kereta
Auto Finance Centre, Maybank Damansara Utama

Mujurlah pakcu masih simpan lagi offer letter dari bank dulu. Jadi, senang lah sikit nak cari lokasi simpanan geran tu. Tapi kalau dah tak tau sangat, boleh je hubungi bank untuk buat semakan.

Cara Dapatkan Geran Kereta Memang Sangat Mudah

Ini adalah cara dapatkan geran kereta di bank yang sememangnya sangat mudah.

  1. Pergi ke bank yang memberi loan tu.
  2. Pergi ke kaunter pertanyaan dan maklumkan kepada staf tersebut untuk dapatkan geran kereta.
  3. Ambil nombor giliran. Untuk kes pakcu, kena berurusan dengan bahagian Auto Finance Centre.
  4. Bila nombor giliran dipanggil, datang ke kaunter dan maklumkan kepada pegawai untuk dapatkan geran original
  5. Pegawai bank akan minta MyKad untuk semakan dan pengesahan
  6. Dalam masa beberapa minit sahaja boleh dapatkan geran tersebut. Bank memang simpan geran tu elok-elok sebab keadaan geran tu masih cantik walaupun dah 9 tahun. Bank juga akan serahkan Surat Pengesahan e-Hakmilik JPJ-FIS.
cara dapatkan geran kereta
Geran diterima dalam keadaan baik.

Mudah kan prosesnya. Waktu pakcu pergi ke bank tu, urusan selesai kurang 15 minit termasuk waktu menunggu. Kebetulan orang pun tak ramai nak berurusan.

Sepanjang tempoh 9 tahun tu, pakcu buat bayaran secara autodebit. Tapi ada juga sesekali terlajak tarikh bayaran tu sebab lupa nak topup duit dalam akaun. Bila dah terlewat tu, adalah caj dikenakan tapi tak banyak pun. Lebih kurang RM2 je.

Waktu nak buat full settlement, pakcu ada buat lebihan bayaran loan tu. Tapi pegawai bank tu kata tak perlu risau. Jika ada lebihan bayaran, bank akan refund dalam masa 14 hari. Akhirnya, pakcu pun dapat kembali lebihan bayaran tu dalam tempoh tersebut.

Related posts:

Cara Renew Lesen Memandu Kenderaan
5 Sebab Perlu Pilih Agoda Untuk Menginap Di Homestay
Cara Renew SSM Certificate Secara Online

Filed Under: TIPS

Reader Interactions

Comments

  1. Ryn says

    February 27, 2021 at 1:33 am

    Slm..pak cu, lps dpt geran dr bank tu dah x perlu pegi jpj lg ke? Mmg sume selesai time kt bank tu jgk ke? Hehe sory byk tnye..

    Reply
    • PakcuFiq says

      March 1, 2021 at 9:36 pm

      wslm.. semua selesai di bank sahaja.

      Reply
  2. Aininulniza Mohd Yusof says

    March 9, 2021 at 12:11 pm

    pakcu, sy xdapat pun surat pengesahan e-hakmilik tu. katanya online.kalau online tu di web mana

    Reply
    • PakcuFiq says

      March 13, 2021 at 9:56 pm

      guna loan maybank ke?
      Tak pasti pulak kalau tak dapat tu.
      sebab saya punya kes memang pegawai tu lampirkan sekali surat pengesahan e-hakmilik.

      Reply
  3. Nor Ayuzana Che Mohamad Nor says

    April 3, 2021 at 5:09 pm

    Salam pakchu
    Untuk proses ni ada kena bawa ape2 x,
    Atau mykad sahaja?
    Thanksyou pakchu๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    Reply
    • PakcuFiq says

      April 3, 2021 at 7:45 pm

      wa’salam,
      Dulu pakcu bawa sekali offer letter loan tu.
      Tapi pegawai kat kaunter tu tak minta pun.
      Kesimpulannya, MyKad tu memang wajib bawa.. sebab dia check rekod guna MyKad je.

      Reply
  4. Yana says

    May 3, 2021 at 1:32 pm

    Pakchu, boleh ke wakil ambilkan geran utk orang lain?

    Reply
    • PakcuFiq says

      May 3, 2021 at 2:11 pm

      Mcm tak boleh je.. sebab pegawai tu minta mykad untuk verification.

      Reply
  5. Shikin says

    May 11, 2021 at 7:11 am

    Agak2 biar je lama tak ambil geran tak apa ke
    Tak boleh nak g ambil sbb tak boleh rentas negeri….

    Reply
    • PakcuFiq says

      May 12, 2021 at 7:19 pm

      takpe..boleh amik kemudian.

      Reply
  6. Diah says

    May 30, 2021 at 11:01 am

    Salam pak chu mcm mn pula yang kereta sambung bayar. Kereta dah habis bayar. Owner kena g bank ke

    Reply
    • PakcuFiq says

      June 6, 2021 at 9:20 am

      wa’salam,
      Sorry.. kalau kes ni pakcu pun tak pasti sebab tak pernah ada pengalaman.

      Reply
  7. Norizan says

    June 5, 2021 at 11:29 am

    Assalamualaikum pakcuFiq…sekarang ni pkp, boleh ke ambil geran di cawangan bank yg lain berdekatan dgn tpt tinggal kita? Sy Baru abis bayar…tq pakcu

    Reply
    • PakcuFiq says

      June 6, 2021 at 9:24 am

      wa’salam,
      Rasanya kena contact cawangan yang bagi loan tu dulu samada boleh handover ke cawangan lain atau tak.

      Reply
  8. hamidah says

    June 9, 2021 at 11:19 pm

    Assalam..kita kna pergi ke bank yg bg kita pinjaman tu ye..lps tu btahu nak amik geran kereta..sya pun x amik lg ni..keta dah hbs byr..

    Reply
    • PakcuFiq says

      June 12, 2021 at 9:41 am

      wa’salam.
      ya. biasanya bank yg bagi pinjam tu simpan hardcopy geran tu. kena amik kat situ.

      Reply
  9. SYAFIRAH MAMAT says

    July 21, 2021 at 4:47 pm

    Salam pakchu. Ade terbaca pakchu tulis terlbih byr nnt mybank akn refund ye? Mmg auto akn refund atau kita kne bgtau diorg? Sbb monthly sy bayar lebih dr amount biasa. Sy punye loan last bln september ni..sy pon xpasti brape last sy kena byr..cuba call maybnk dataran…tp tak prnah ade yg angkt..

    Reply
    • PakcuFiq says

      July 21, 2021 at 5:42 pm

      Wa’salam,
      Macam pakcu sebelum ni buat autodebit bayar installment kereta tu.
      Cuma bila pakcu ada buat personal loan dengan bank islam, pakcu trus buat settlement baki loan kereta.
      Maksudnya waktu proses settlement dlm bulan tu, berlaku serentak dgn autodebit yg pakcu buat. Dah jadi double payment.
      Waktu nak ambil geran tu, pegawai bank tu memang akan check status loan dan dia memang nampak dlm system ada terlebih bayar.
      Waktu tu pakcu check dlm dalam maybank2u dah takde statement account loan kereta.
      Pegawai tu kata bila hutang dah setlle, memang dah takde no.akaun loan tu dlm maybank2u.
      Kalau ada lebihan, automatically bank akan refund.

      Untuk kes pakcu, Proses refund ni memang automatik & dpt dlm masa 2 weeks. Tak perlu request.

      Reply
  10. Syafirah says

    July 21, 2021 at 11:31 pm

    Ooo..mcm tu..okei2. Terima kasih pakcufiq..sbb tertnya2 mcmane proses nk ambik geran sbulm ni bila dah setel loan..baca pakcu pnye entryagak clear..terima kasih byk2 ye..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    Reply
    • PakcuFiq says

      July 23, 2021 at 9:47 am

      Sama-sama.๐Ÿ™‚
      Pakcu pun sebelum ni taktau juga..cuma tanya kawanยฒ yg ada experience.
      Bila dah buat sendiri baru tau mcm mana.
      Tu yg share kat blog ni.

      Reply
  11. Az says

    July 30, 2021 at 12:18 pm

    Salam Pakcu, saya sambung bayar kereta makcik saya tapi dah habis bayar dan geran tu masih kat bank. Kalau saya sendiri pergi ambik boleh ke? Lagipun makcik saya sekarang kat singapore. Mohon pencerahan pakcu ๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿฅฒ

    Reply
    • Pakcufiq says

      July 30, 2021 at 1:01 pm

      Wa’salam,
      Waktu nak ambil tu, pegawai bank tu akan verify mykad.
      Mungkin boleh call bank tu dulu samada boleh guna wakil atau tak.
      Bank pun biasanya tak boleh simply bagi kat orang lain sebab takut ada potential salah guna dokumen penting ni.

      Reply
  12. sally says

    May 9, 2022 at 10:28 am

    as salam pakcu, nak tanye proses ambil geran kereta ni ade kenakan apa2 pembayaran tak di bank?

    Reply
    • Pakcufiq says

      May 11, 2022 at 7:02 am

      Wasalam.. takde bayaran. Datang ambil je

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2023 ยท pakcufiq.com