Cara beli rumah subsale atau secondhand ni pakcu nak kongsikan sebab ada kawan pakcu yang bertanya pasal beli rumah ni. Alang-alang pakcu dah ceritakan kat dia, pakcu share juga la kat blog ni. Cuma pakcu pun dah tak ingat proses secara detail tu maklumlah dah berlalu beberapa tahun.
Biasanya beli rumah ni ada pelbagai jenis. Ada yang dibeli terus dengan developer iaitu rumah baru, rumah subsale, rumah bantuan kerajaan, dan lain-lain. Untuk post kali ni, pakcu kongsikan cara beli rumah subsale.
Sebenarnya, cara beli rumah subsale dengan rumah baru dari developer ada sedikit perbezaan. Pakcu ringkaskan cara beli rumah subsale ni berdasarkan pengalaman pakcu.
Cara Beli Rumah Subsale
- Semak kemampuan kewangan terlebih dahulu. Rumah subsale biasanya perlukan 10% deposit daripada harga rumah. Kemudian kena tambah lagi dengan caj lawyer sebanyak 5-7%. Lawyer ni ada 2 iaitu untuk uruskan S&P dan loan.
- Boleh survery rumah idaman yang diiklankan. Cuba buat perbandingan di lokasi sama dengan menggunakan beberapa portal hartanah seperti iproperty, propertyguru, brickz, propsocial dll. Pastikan harga yang diiklankan tidak melebihi market value.
- Setelah bertemu dengan rumah idaman, pergi tengok rumah tu. Tengok keadaan dalam rumah dan di luar rumah. Cuba tengok kalau ada kerosakan yang perlu dibaiki supaya sepadan dengan harga rumah. Sekiranya rumah flat/apartment di tingkat atas, periksa tekanan air dan keadaan bumbung samada bocor atau tidak. Dah puas periksa dalam rumah, tengok juga keadaan luar rumah. Kenali jiran-jiran samada warga tempatan atau ramai warga asing. Tahap kebersihan dan fasiliti juga kena tengok. Baru boleh tau samada pihak pengurusan/JMB berfungsi dengan baik atau tidak. Kalau flat/apartment, yang menjadi masalah ialah kawasan parking. Cuba survey juga waktu malam tengok tahap kepadatan parking tu macam mana sebab waktu malam kebanyakan penghuni ada di rumah.
- Cuba nego untuk dapatkan diskaun. Ada kes yang penjual letak harga tinggi dari market value.
- Bila dah puas hati, bayar booking fee 3.18% sebagai tanda setuju. Pastikan dibayar kepada akaun syarikat agen hartanah yang uruskan proses jual beli dan bukan akaun individu/agen. Biasanya booking fee akan dipulangkan jika pembeli tak dapat loan minimum 90% untuk rumah pertama/kedua.
- Pembeli ada masa 14 – 21 hari bekerja untuk dapatkan loan sebelum sign S&P. Boleh survey di beberapa bank ataupun boleh minta agen yang uruskan. Dalam masa sama kena dapatkan lawyer untuk urusan S&P dan loan. Biasanya agen pun boleh carikan lawyer tu.
- Bila loan dah lulus, dah boleh mula sign S&P. Tapi sebelum sign S&P, baki deposit 10% tu perlu dibayar terlebih dahulu. Daripada 10% tu, 3.18% dah dibayar kepada agen semasa booking dan selebihnya ialah 6.82% yang perlu di bayar kepada lawyer.
- Penilaian harga rumah juga akan dibuat oleh penilai yang dilantik. Untuk penilaian ni ada bayaran yang dikenakan tetapi kosnya dimasukkan sekali dalam loan. Setiap bank mempunyai penilaian harga yang berbeza. Sebab itu kena hati-hati waktu persetujuan harga rumah tu. Dikhuatiri harga penilaian adalah rendah dari harga jualan.
- Kemudian kena sign loan agreement. Banyak juga la nak kena sign
- Pembeli kena ambil insuran samada MRTA atau MLTA. Insuran ini juga biasanya akan dimasukkan bersama loan. Untuk keterangan lanjut berkenaan insuran ni, boleh rujuk website iproperty.
- Bila bank dah release loan tu, maka pembeli dah boleh dapat kunci.
- Sambung urusan dengan lawyer S&P untuk kunci rumah, tuntutan bil tertunggak oleh pemilik asal sekiranya ada.
- Kena buat urusan tukar nama untuk TNB, Cukai Taksiran, Indahwater, Bil air, dll.
Rumahku Syurgaku
Begitulah serba sedikit cara beli rumah subsale yang pakcu ingat. Urusan jual beli rumah pakcu ni selesai dalam masa lebih kurang 3 bulan. Tetapi nak masuk ke rumah tu berlarutan beberapa bulan disebabkan penyewa sedia ada kat rumah taknak keluar walaupun dah maklum awal pakcu nak stay kat rumah tu. Dia minta nak sambung menyewa tapi tak boleh nak bayar harga sewa yang pakcu minta.
3 bulan dia menyewa cuma bayar lebih kurang RM1200 je. Kemudian baru dia pindah dan meninggalkan bil elektrik yang tertunggak. Bila pakcu masuk, rumah dah memang kosong tapi kena buat renovation juga. Total kos renovation pun lebih kurang RM7K.
Kesimpulannya, urusan jual beli rumah ni memang agak rumit. Kalau rumah berstatus freehold dan medium cost biasanya proses agak cepat jika dibandingkan dengan yang berstatus leasehold atau low cost sebab ada beberapa urusan lagi yang melibatkan kerajaan negeri.
shaffizan says
Betul, memang beza sikit cara beli rumah baru dengan rumah subsale.
rumah subsale, kena bayar lawyer fee, kena bayar valuer fee
rumah baru, tak perlu, dan dapat rebate juga, bergantung kepada developer.
itu yang ramai orang fikirlah, tapi sebenarnya ada je kos lawyer, cuma developer dah masukkan ke dalam harga rumah..
gitulah..
PakcuFiq says
Ya..rumah baru ada kos tapi biasanya memang developer masukkan dlm hrga rumah.
marketing utk tarik pembeli.
jadilah free SPA, Free legal fee, free MOT, etc.