• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Panduan Pilih Laptop Secondhand – Jangan Silap Beli

June 12, 2020 by Pakcufiq Leave a Comment

Laptop secondhand ni sebenarnya banyak permintaan sebab bukan semua orang mampu beli yang baru. Pakcu pun pernah beli laptop secondhand kalau tak silap tahun 2012. Lama juga guna sampai tahun 2020 walaupun prestasi laptop dah nampak macam tenat. Disebabkan dah tenat tu la pakcu dah jarang update blog sebab sangat menyusahkan.

Ini adalah laptop secondhand pertama yang pakcu beli

Brand : Lenovo
Tahun Beli : 2012
Processor : i5 2nd generation
RAM : 4GB

HDD : 250GB

Berdasarkan spesifikasi, ia boleh dianggap bagus pada zaman itu dan pakcu pun tak sangka boleh guna sampai sekarang walaupun berstatus secondhand. Pakcu beli pun di mudah.my setelah berpuas hati waktu test laptop tu.

Cuma bila dah masuk tahun 2020 ni, pakcu rasa laptop tu perlu ditukar sebab kebanyakan software/aplikasi terbaru perlukan spec yang tinggi. Pakcu pun mula survey harga laptop di pasaran. Kalau spec yang bagus tu memang mahal sangat harganya. Bukan tak boleh beli tapi kena beli ikut keperluan supaya tak  membazir.

Panduan Membeli Laptop Secondhand

Pakcu kongsikan panduan membeli laptop secondhand yang pakcu pernah praktikkan sebelum ni. Ini cuma panduan asas sahaja dan secara spesifiknya bergantung kepada individu.

1. Bajet

Tetapkan bajet sebab tujuan beli laptop secondhand ni untuk dapatkan harga mampu milik. Berdasarkan analisa pakcu untuk laptop secondhand yang dijual pada 2020, harga median untuk spec yang bagus ialah RM1100.

2. Tujuan guna laptop

Ini pun penting sebab spesifikasi yang kita nak cari tu bergantung kepada kegunaan.

3. Spesifikasi

Kalau setakat nak online FB, tengok youtube, buat kerja guna microsoft office tak perlulah spec yang tinggi. Tapi kalau kegunaan untuk main game, guna software yang berat untuk photo/video editing atau lain-lain software tu lagi elok cari yang spec tinggi. Sekarang dah bermula era Windows 10. Pakcu dah guna Windows 10 ni dan ianya agak berat dan perlukan spec yang bagus.

Untuk spesifikasi ni, pakcu sarankan supaya beli laptop dalam tempoh masa tak lebih 5 tahun dari tarikh keluaran laptop tu supaya kita boleh guna untuk tempoh beberapa tahun lagi. Secara asasnya, pakcu pilih untuk spesifikasi berikut:

Tahun keluaran : 2015 dan ke atas
Processor : 5th Generation dan ke atas (untuk Intel)
RAM : 8GB

Storage : 250GB SSD (SSD ni adalah jenis baru dan lebih pantas berbanding HDD)

Software dan hardware ni selalunya seiring dan sejalan. Bila software dah upgrade, secara automatik hardware pun kena upgrade untuk support software tu. Inilah yang dinamakan bisnes.

Laptop Kedua Pakcu

Pakcu pun ambil masa 3-4 hari buat pertimbangan untuk beli laptop secondhand ni. Survey di mudah, shopee & lazada. Disebabkan pakcu dah tetapkan spesifikasi tu, skala pencarian pun dikecilkan. Akhirnya setelah penilaian akhir dibuat, pakcu pun memilih laptop Dell Latitude E7270 ni di Shopee.

Dell Latitude E7270
Backlight keyboard
Spesifikasi laptop
laptop secondhand
Saiz yang nipis dan ringan

Maklumat lanjut boleh rujuk di webiste Dell 

Setakat yang pakcu dah cuba ni, prestasinya agak baik dan memang jauh beza la dengan laptop lama pakcu tu. Saiznya memang nipis dan sangat ringan. Kalau selalu travel memang mudah nak bawa laptop ni. Walaupun size skrin agak kecil iaitu 12.5 inci, tapi pakcu rasa macam sesuai juga dengan pakcu dan sesedap mata memandang.

Harap-harap laptop secondhand yang ni pun boleh bertahan lama macam laptop yang pakcu beli sebelum ni. Laptop secondhand ni pun kita tak tau macam mana owner asal jaga dia.

Related posts:

Cara Beli Rumah Subsale Atau Secondhand
Punca Kereta Berdengung Dan Jadi Berat
Kasut Selesa Untuk Berjalan Jauh

Filed Under: TIPS

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2023 · pakcufiq.com