Cara renew SSM ni memang sangat mudah dan cepat sebab boleh dibuat secara online. Maka, tak perlulah datang ke kaunter SSM semata-mata nak renew certificate.
Berbeza dengan cara daftar perniagaan, proses untuk renew perniagaan ni lebih mudah. Sebabnya ialah semua maklumat dah ada cuma nak renew tarikh sahaja.
Proses renew boleh dibuat di portal https://ezbiz.ssm.com.my/. Cuma pastikan anda telah mendaftar terlebih dahulu di portal ni untuk proses renewal tersebut.
Apakah EzBiz?
- EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membolehkan pengguna melakukan pendaftaran baru, mendaftar perubahan, menghentikan dan membeli maklumat perniagaan.
- Kaedah alternatif “over-the-counter” iaitu transaksi yang mudah, cepat dan bebas dari masalah.
- Tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan melayari ezbiz.ssm.com.my.
Berapakah Bayaran Yang Dikenakan?
- New business registration:
- Personal Name = RM30.00 per year
- Trade Name = RM60.00 per year
- Change of business particulars = RM20.00
- Branch(s) = RM5 per year for each branch
- Business termination
- No fee is required
- Business renewal
- Personal Name = RM30.00 per year
- Trade Name = RM60.00 per year
- Branch(s) = RM5.00 per year for each branch
- Business information = RM10.00
Cara Renew SSM Certificate Secara Online
Berikut merupakan ringkasan proses untuk tujuan renewal tersebut:
1. Layari Portal Rasmi SSM iaitu di https://ezbiz.ssm.com.my
2. Login dengan memasukkan username dan password.
3. Kemudian, pilih Renewal by Owner
4. Nama syarikat yang didaftarkan sebelum ini akan dipaparkan dan klik pada action.
5. Pilih tempoh masa berapa lama untuk renew certificate tersebut. Anda boleh pilih samada nak dapatkan sekali Business Info atau tidak. Kalau ada kompaun, boleh buat bayaran sekaligus di sini.
6. Teruskan proses pembayaran samada menggunakan credit card ataupun Internet Banking.
7. Pergi semula ke laman utama dan klik pada Renewal History. Anda akan nampak transaki bayaran yang telah dibuat dan tarikh baru perniaagan telah dikemaskini. Untuk download, klik pada action.
8. Kemudian, klik Download Certificate dan Download Business Info. Untuk Business Info ni bergantung kepada bayaran yang dibuat sebelum ni. Jika ada buat bayaran berserta Business Info, anda boleh download untuk simpanan. Harus diingat, perlu download dalam masa 14 hari sahaja dari tarikh kelulusan.
Bantuan Lanjut
Jika ada masalah, boleh hubungi:
- Call Centre for related enquiry : +603 7721 4000
- E-mail for general enquiry : enquiry@ssm.com.m
Leave a Reply