• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Kajang 2 Selangor Untuk Pelaburan Hartanah

November 28, 2019 by Pakcufiq Leave a Comment

Kajang 2 semakin rancak membangun. Memang tidak dapat disangkal lagi semakin banyak kediaman baru dibina di sini. Walaupun Kajang 2 ni bukanlah tempat yang sinonim untuk pakcu, tetapi agak menarik untuk diteroka.

Walaupun dah menetap di Selangor sejak 2010, memang sangat jarang pergi ke Kajang. Nak makan satay kajang pun dah boleh dapat di luar kajang sebab dah banyak cawangan dibuka.

Sejak beli rumah pertama pada 2016 iaitu rumah subsale, pakcu dah semakin berminat nak melabur dalam bidang hartanah. Bak kata otai hartanah, nak melabur hartanah ni yang penting adalah lokasi yang boleh membantu menaikkan nilai hartanah.

Apa yang menariknya dengan hartanah di sini ialah kebanyakan rumah dijual pada paras mampu milik iaitu dibawah RM300k. Berdasarkan pemerhatian dengan persekitaran di Kajang 2, banyak juga faktor menarik untuk beli rumah di kawasan Kajang 2.

Faktor Menarik Untuk Membeli Rumah di Kajang 2

1. Lokasi yang strategik

Kajang adalah kawasan yang sangat dekat dengan Kuala Lumpur dengan jarak perjalananan kurang 30km. Kajang juga agak dekat Putrajaya dan Cyberjaya. Ini adalah kelebihan untuk yang bekerja di kawasan tersebut.

2. Akses Jalan Raya

Jaringan jalan raya di Kajang memang agak banyak malah terdapat beberapa lebuhraya utama seperti Lebuhraya Silk, SKVE, LEKAS, ELITE dan PLUS.

3. Kemudahan MRT dan KTM

Dengan wujudnya MRT laluan Kajang-Sungai Buloh, ianya memang banyak membantu penduduk Kajang untuk ulang alik ke Kuala Lumpur. Bagi yang bekerja di Kuala Lumpur, kemudahan ini sangat penting sebagai alternatif untuk pergi ke tempat kerja.

KTM pula sudah lama wujud di Kajang. Stesen baru juga telah dibina di Kajang 2 iaitu di Jalan Reko yang menghubungkan ke stesen mrt. Sewaktu pakcu ke sana, pembinaannya nampak dah hampir siap.

4. Bakal adanya Commercial Hub

Jika merujuk kepada MKH Berhad, Kajang 2 akan ada commercial hub berdekatan stesen KTM Kajang 2. Tapi pembinaanya belum pasti sebab setakat ini masih belum bermula. Mungkin juga pembinaan dibuat setelah banyak rumah yang dijual di sana telah dibeli. Commercial hub juga perlukan kepadatan penduduk yang tinggi untuk elakkan kerugian.

Kajang 2 Commercial Hub
Commercial Hub yang dibangunkan oleh MKH Berhad

5. Hub pendidikan

Kajang boleh dianggap sebagai hub pendidikan. Tidak jauh dari sini ialah UKM Bangi, German Malaysian Institute, Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC, Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa.

6. Hartanah berstatus freehold

Yang menariknya, kebanyakan hartanah yang dijual adalah berstatus freehold ataupun hakmilik kekal. Bila dah beli hartanah di sini, boleh lah diwarisi tak kisah hingga berapa generasi pun.

7. Potensi untuk berkembang pesat

Merujuk kepada The Edge Market, Kajang mempunyai potensi besar untuk terus berkembang. Malah, Kajang juga berhampiran dengan Bangi dan Semenyih yang semakin berkembang pesat. Ketiga-tiga lokasi ini dapat bergabung menjadi bandar raya utama di bahagian selatan Lembah Klang.

Berbaloikah untuk pelaburan hartanah?

Pada pandangan pakcu, jawapannya “YA“. Faktor faktor ni boleh dianggap booster kepada nilai hartanah di Kajang  dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Apabila banyak pembangunan telah mula siap dibina, sudah pasti nilai hartanah akan melonjak naik.

Related posts:

Bantuan Prihatin Nasional Bagi Golongan B40 & M40
Kedai Cermin Mata Murah Di Shah Alam
Serum Rambut Terbaik Dengan Harga Berpatutan

Filed Under: SEMBANG KEDAI KOPI

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

June 2025
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 · pakcufiq.com