Kisah seram memang tak digemari oleh kebanyakan dari kita. Selain manusia, ada lagi makhluk ciptaan tuhan yang kita tak nampak. Ada sesetengah orang yang mempunyai kelebihan dapat melihat makhluk halus.
Tetiba pulak buka topik pasal kisah seram. Ini semua berpunca dari PKP covid-19. Banyak masa dihabiskan dengan tengok movie termasuklah movie seram. Maklumlah dah tak boleh nak bersosial kat luar.
Pakcu takde kelebihan untuk nampak makhlus halus ni dan sepanjang hidup ni memang tak pernah nampak pun. Tapi pakcu mempunyai naluri dan dapat merasakan sekiranya diganggu. Ia seolah-olah seperti terasa ada kewujudan sesuatu yang tidak menyenangkan.
Kebanyakan pengalaman pakcu ni takdelah tragis sangat. Tetapi sekali kena tu memang tak luput dari ingatan. Itulah dia penangan kisah seram ni.
Pakcu ada pengalaman tinggal di asrama sekolah dan IPT. Walaupun ramai student yang nampak benda pelik, tapi pakcu tak nampak pun. Pakcu pun tak terasa kewujudan makhluk tu. Mungkin disebabkan makhluk tu tak ganggu pakcu.
Kisah Seram Pakcu
Seingat pakcu, cuma ini sahaja kisah seram yang pakcu pernah alami. Macam yang pakcu katakan, pakcu tak pernah nampak tapi terasa kewujudan tu. Secara kebetulan, kisah seram pakcu ni hampir sama gangguannya.
Kuarters Kakitangan Yang Menyeramkan
Pakcu tak boleh nyatakan secara terperinci kuaters ni atas faktor privacy. Sebenarnya kawan pakcu ada tinggal di kuarters ni. Kalau tak silap cuma ada 3 rumah sahaja di sini dan jarak setiap rumah tu 10-15 meter.
Kawasan kuarters ni sebenarnya tak jauh dari taman perumahan, cuma agak tersembunyi kawasan ni. Rumah kawan pakcu tu paling hujung dan dia tinggal sorang.
Satu malam tu lepas pakcu habis kerja part time lebih kurang 12am, pakcu lepak minum dengan kawan tu. Lepas habis minum, dia ajak lepak kat rumah dia. Pakcu pun follow je la.
Sebenarnya, itu pertama kali pakcu pergi rumah dia. Masuk kawasan perumahan tu memang sunyi dan seram juga. Berani betul dia tinggal sorang kat rumah tu.
Pakcu tidur dalam bilik kawan pakcu tu sebab katil dia pun king size. Malam tu memang tak boleh nak tidur pun sebab terasa panas dan gelisah. Puas pakcu cuba lelapkan mata tapi tak boleh juga. Rasa tak selesa dan rimas. Badan pun mula berpeluh walaupun kipas tu berpusing laju.
Dari malam sampai ke subuh pakcu cuma dapat lelap sekejap je. Pening kepala pakcu sebab tak dapat tidur. Pakcu bagitau kawan tu tak boleh tidur sebab rasa panas. Dia cuma kata sebab pakcu tak mandi agaknya. Respon untuk sedapkan hati.
Beberapa hari lepas tu barulah dia cerita. Selalu je kena kacau kat rumah tu. Kadang-kadang dengar orang ketuk pintu bagi salam. Bila buka pintu takde orang pun. Dia pun pernah bawa kawan lain datang rumah tu. Kawan dia sampai pucat muka sebab nampak ada benda ikut belakang dia.
Pakcu pun terfikir, mungkin benda tu marah sebab pakcu tidur sebelah kawan pakcu. Agaknya space yang ada tu tempat dia tidur. Maklumlah katil tu pun besar. Mungkin juga pakcu kena tindih atau kena selimut dengan benda tu. Patutlah rasa panas dan tak selesa.
Apartment Berhantu di Port Dickson
Ini adalah resort berkonsepkan apartment. Pakcu datang sini pun sebab company punya teambuilding. Tapi kalau search kat google, tempat ni memang ada dalam senarai resort berhantu.
Kat sini pun pengalaman sama juga macam sebelum ni. Tak boleh tidur sebab rasa panas, gelisah dan tak selesa. Padahal aircond atas kepala je. Waktu nak lelapkan mata tu pakcu perasan juga kawan sebilik pakcu tu terbangun dari tidur. Siap dengar dia berselawat, zikir.
Keesokan paginya masing masing bercerita. Memang ramai yang kena gangguan rupanya. Kawan pakcu pun cerita tak boleh tidur sebab panas. Yang perempuan pulak siap cerita ada nampak macam kelibat. Lagi dasyat mata diorang ni.
Hotel berhantu di Perak
Ini adalah salah sebuah hotel di Perak yang pakcu menginap pada hari ahad malam isnin. Hotel ni agak besar siap ada kolam dan dekat dengan laut. Waktu petang tu nampak macam ramai juga orang yang mandi kolam.
Waktu pakcu keluar untuk makan malam, tetiba rasa sunyi je tempat ni. Turun naik lift pun tak bertembung dengan guest lain.
Bila dah selesai makan dan nak balik ke bilik, memang terasa sangat sunyi. Dari bilik pakcu tu, pakcu tengok blok yang berhadapan bilik ni. Cuma nampak 1 bilik je yang bercahaya. Yang lain semua gelap gelita. Dah rupa macam bangunan tinggal. Mujurlah sebaris bilik pakcu ni ade juga dengar suara orang. Mungkin faktor hari Ahad malam Isnin yang menyebabkan tak ramai guest.
Kat sini pun pakcu tak boleh tidur sebab terasa macam tak selesa. Asyik terjaga je kalau terlelap tu. Siap berpeluh lagi. Dalam bilik air pun bunyi pelik-pelik je. Seolah olah macam ada orang dalam bilik air tu. Pakcu beranikan diri buka juga pintu tu. Tapi takde apa pun. Pakcu biarkan je pintu terbuka dan buka je lampu bilik air.
Sambil nak tidur tu pakcu pasang ayat al quran kat youtube. Dapat la terlelap juga sampai ke pagi. Dah la tidur pun sorang. Kalau bukan atas urusan kerja, pakcu pun tak hingin nak stay sorang kat hotel ni.
Jadikan Pengalaman Sebagai Pengajaran
Disebabkan kisah seram pakcu ni selalu terjadi di bilik dan hotel, pakcu memang akan google dulu nama hotel sebelum booking. Kalau ada dalam list hotel berhantu, memang pakcu tak book la.
Setiap kali nak check in sentiasa beringat. Baca ayat qursi dan lain-lain surah sebagai pelindung diri dari gangguan jin dan syaitan ni.
laila says
Kalau kt port dickson tu mcm pernah alami benda sama juga.
Ada 2 resort yg company saya pernah buat event.
blogpakcu says
hehe.. resort yg sama la kot.