Laptop secondhand ni sebenarnya banyak permintaan sebab bukan semua orang mampu beli yang baru. Pakcu pun pernah beli laptop secondhand kalau tak silap tahun 2012. Lama juga guna sampai tahun 2020 walaupun prestasi laptop dah nampak macam tenat. Disebabkan dah tenat tu la pakcu dah jarang update blog sebab sangat menyusahkan.
Ini adalah laptop secondhand pertama yang pakcu beli
HDD : 250GB
Berdasarkan spesifikasi, ia boleh dianggap bagus pada zaman itu dan pakcu pun tak sangka boleh guna sampai sekarang walaupun berstatus secondhand. Pakcu beli pun di mudah.my setelah berpuas hati waktu test laptop tu.
Cuma bila dah masuk tahun 2020 ni, pakcu rasa laptop tu perlu ditukar sebab kebanyakan software/aplikasi terbaru perlukan spec yang tinggi. Pakcu pun mula survey harga laptop di pasaran. Kalau spec yang bagus tu memang mahal sangat harganya. Bukan tak boleh beli tapi kena beli ikut keperluan supaya tak membazir.
Panduan Membeli Laptop Secondhand
Pakcu kongsikan panduan membeli laptop secondhand yang pakcu pernah praktikkan sebelum ni. Ini cuma panduan asas sahaja dan secara spesifiknya bergantung kepada individu.
1. Bajet
Tetapkan bajet sebab tujuan beli laptop secondhand ni untuk dapatkan harga mampu milik. Berdasarkan analisa pakcu untuk laptop secondhand yang dijual pada 2020, harga median untuk spec yang bagus ialah RM1100.
2. Tujuan guna laptop
Ini pun penting sebab spesifikasi yang kita nak cari tu bergantung kepada kegunaan.
3. Spesifikasi
Kalau setakat nak online FB, tengok youtube, buat kerja guna microsoft office tak perlulah spec yang tinggi. Tapi kalau kegunaan untuk main game, guna software yang berat untuk photo/video editing atau lain-lain software tu lagi elok cari yang spec tinggi. Sekarang dah bermula era Windows 10. Pakcu dah guna Windows 10 ni dan ianya agak berat dan perlukan spec yang bagus.
Untuk spesifikasi ni, pakcu sarankan supaya beli laptop dalam tempoh masa tak lebih 5 tahun dari tarikh keluaran laptop tu supaya kita boleh guna untuk tempoh beberapa tahun lagi. Secara asasnya, pakcu pilih untuk spesifikasi berikut:
Storage : 250GB SSD (SSD ni adalah jenis baru dan lebih pantas berbanding HDD)
Software dan hardware ni selalunya seiring dan sejalan. Bila software dah upgrade, secara automatik hardware pun kena upgrade untuk support software tu. Inilah yang dinamakan bisnes.
Laptop Kedua Pakcu
Pakcu pun ambil masa 3-4 hari buat pertimbangan untuk beli laptop secondhand ni. Survey di mudah, shopee & lazada. Disebabkan pakcu dah tetapkan spesifikasi tu, skala pencarian pun dikecilkan. Akhirnya setelah penilaian akhir dibuat, pakcu pun memilih laptop Dell Latitude E7270 ni di Shopee.
Maklumat lanjut boleh rujuk di webiste Dell
Setakat yang pakcu dah cuba ni, prestasinya agak baik dan memang jauh beza la dengan laptop lama pakcu tu. Saiznya memang nipis dan sangat ringan. Kalau selalu travel memang mudah nak bawa laptop ni. Walaupun size skrin agak kecil iaitu 12.5 inci, tapi pakcu rasa macam sesuai juga dengan pakcu dan sesedap mata memandang.
Leave a Reply