• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Kasut Selesa Untuk Berjalan Jauh

July 26, 2020 by Pakcufiq Leave a Comment

Kasut yang selesa adalah penting untuk berjalan jauh. Ini bagi mengelakkan risiko kecederaan akibat daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai. Pemilihan kasut yang selesa bukan sahaja untuk berjalan jauh, tapi perlu juga untuk aktiviti atau pekerjaan yang banyak berjalan.

Pemilihan kasut yang selesa ni sebenarnya tak perlukan modal yang besar. Sebab ada jenama yang mampu milik untuk kita beli. Pakcu pun cuma mampu beli kasut yang murah je asalkan selesa dipakai.

Kasut Selesa Untuk Berjalan Jauh Jenama Skechers

Salah satu jenama yang pakcu guna ialah skechers. Pakcu pun baru lagi guna jenama ni lebih kurang 3 tahun dan ada 2 pasang kasut. Kedua-dua kasut ni pakcu gunakan untuk pergi kerja.

Variasi Skechers

Jenama skechers ni ada banyak jenis dan variasi. Kalau untuk berjalan ada variasi GOWALK MAX, GOWALK COOL, GOWALK REVOLUTION ULTRA, GOWALK 4, GOWALK SPORT, GOWALK 3 dan macam-macam jenis lagi. Ia sememangnya direka sebagai kasut selesa untuk berjalan jauh atau banyak berjalan.

kasut selesa
Antara koleksi Skechers. Kredit foto Skechers Malaysia

Kelebihan Kasut Skechers

Kasut skechers ni ada beberapa kelebihan sepanjang pengalaman pakcu guna kasut jenama ni.

  1. Skechers dikenali dengan technology memory foam yang digunapakai pada tapak kasut. Memory foam ni adalah material yang sensitif dengan tekanan dan suhu. Sekaligus memberikan keselesaan dan sokongan yang baik pada kaki
  2. Sesuai dipakai untuk pelbagai aktiviti
  3. Tahan lasak dan boleh digunakan untuk tempoh lama. Kasut pertama yang pakcu beli pun masih boleh digunakan sampai sekarang walaupun penggunaannya sederhana aktif.
  4. Rekaan yang cantik untuk disesuaikan dengan pelbagai aktiviti dan tempat.
  5. Kualiti setanding dengan harga.

Lokasi Jualan

Skechers dah mempunyai lebih dari 100 lokasi jualan seluruh Malaysia. Boleh dikatakan setiap negeri mempunyai lokasi jualan terutama di pasaraya besar. Untuk maklumat lanjut berkenaan lokasi tersebut, boleh rujuk portal rasmi Skechers Malaysia.

Beli Pada Harga Promosi

Kebiasaannya kasut skechers dijual pada harga antara RM200-RM400. Tapi skechers ni selalu buat promosi terutama di LAZADA. Boleh dapat diskaun antara 30-50%. Pakcu beli kasut pertama di store Sunway Pyramid dengan diskaun 50%. Kasut kedua dibeli di LAZADA kalau tak silap diskaun 40%.

Sayangilah Kaki Kita

Apalah salahnya keluarkan sedikit modal untuk keselesaan kaki kita. Nak guna kaki ni berpuluh-puluh tahun. Dari muda ni eloklah guna kasut yang selesa untuk elakkan risiko kecederaan.

Related posts:

4 Perkara Yang Penyewa@Pembeli Rumah Flat Terlepas Pandang
Panduan Pilih Laptop Secondhand - Jangan Silap Beli
Contact Lens Terbaik Dan Serasi Dengan Mata

Filed Under: TIPS

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 ยท pakcufiq.com