Kalau kereta dah habis bayar memang kena tau cara dapatkan geran kereta di bank. Geran original ni pun penting terutama kalau dah berhajat nak jual kereta tu.
Pakcu pun baru juga habis bayar loan kereta ni. Selepas 9 tahun, akhirnya kereta tu pun jadi milik pakcu sepenuhnya. Jenuh juga nak habiskan hutang ni.
Waktu pakcu beli kereta dulu, salesman tu yang banyak menguruskan hal-hal yang berkaitan loan. Setelah beberapa permohonan loan dibuat, hanya Maybank yang memberikan interest paling rendah. Salesman tu berurusan dengan Maybank Cawangan Damansara Utama. Antara tempat yang pakcu jarang sangat pergi.
Mujurlah pakcu masih simpan lagi offer letter dari bank dulu. Jadi, senang lah sikit nak cari lokasi simpanan geran tu. Tapi kalau dah tak tau sangat, boleh je hubungi bank untuk buat semakan.
Cara Dapatkan Geran Kereta Memang Sangat Mudah
Ini adalah cara dapatkan geran kereta di bank yang sememangnya sangat mudah.
- Pergi ke bank yang memberi loan tu.
- Pergi ke kaunter pertanyaan dan maklumkan kepada staf tersebut untuk dapatkan geran kereta.
- Ambil nombor giliran. Untuk kes pakcu, kena berurusan dengan bahagian Auto Finance Centre.
- Bila nombor giliran dipanggil, datang ke kaunter dan maklumkan kepada pegawai untuk dapatkan geran original
- Pegawai bank akan minta MyKad untuk semakan dan pengesahan
- Dalam masa beberapa minit sahaja boleh dapatkan geran tersebut. Bank memang simpan geran tu elok-elok sebab keadaan geran tu masih cantik walaupun dah 9 tahun. Bank juga akan serahkan Surat Pengesahan e-Hakmilik JPJ-FIS.
Mudah kan prosesnya. Waktu pakcu pergi ke bank tu, urusan selesai kurang 15 minit termasuk waktu menunggu. Kebetulan orang pun tak ramai nak berurusan.
Sepanjang tempoh 9 tahun tu, pakcu buat bayaran secara autodebit. Tapi ada juga sesekali terlajak tarikh bayaran tu sebab lupa nak topup duit dalam akaun. Bila dah terlewat tu, adalah caj dikenakan tapi tak banyak pun. Lebih kurang RM2 je.
Waktu nak buat full settlement, pakcu ada buat lebihan bayaran loan tu. Tapi pegawai bank tu kata tak perlu risau. Jika ada lebihan bayaran, bank akan refund dalam masa 14 hari. Akhirnya, pakcu pun dapat kembali lebihan bayaran tu dalam tempoh tersebut.
Ryn says
Slm..pak cu, lps dpt geran dr bank tu dah x perlu pegi jpj lg ke? Mmg sume selesai time kt bank tu jgk ke? Hehe sory byk tnye..
PakcuFiq says
wslm.. semua selesai di bank sahaja.
Aininulniza Mohd Yusof says
pakcu, sy xdapat pun surat pengesahan e-hakmilik tu. katanya online.kalau online tu di web mana
PakcuFiq says
guna loan maybank ke?
Tak pasti pulak kalau tak dapat tu.
sebab saya punya kes memang pegawai tu lampirkan sekali surat pengesahan e-hakmilik.
Nor Ayuzana Che Mohamad Nor says
Salam pakchu
Untuk proses ni ada kena bawa ape2 x,
Atau mykad sahaja?
Thanksyou pakchu๐๐
PakcuFiq says
wa’salam,
Dulu pakcu bawa sekali offer letter loan tu.
Tapi pegawai kat kaunter tu tak minta pun.
Kesimpulannya, MyKad tu memang wajib bawa.. sebab dia check rekod guna MyKad je.
Yana says
Pakchu, boleh ke wakil ambilkan geran utk orang lain?
PakcuFiq says
Mcm tak boleh je.. sebab pegawai tu minta mykad untuk verification.
Shikin says
Agak2 biar je lama tak ambil geran tak apa ke
Tak boleh nak g ambil sbb tak boleh rentas negeri….
PakcuFiq says
takpe..boleh amik kemudian.
Diah says
Salam pak chu mcm mn pula yang kereta sambung bayar. Kereta dah habis bayar. Owner kena g bank ke
PakcuFiq says
wa’salam,
Sorry.. kalau kes ni pakcu pun tak pasti sebab tak pernah ada pengalaman.
Norizan says
Assalamualaikum pakcuFiq…sekarang ni pkp, boleh ke ambil geran di cawangan bank yg lain berdekatan dgn tpt tinggal kita? Sy Baru abis bayar…tq pakcu
PakcuFiq says
wa’salam,
Rasanya kena contact cawangan yang bagi loan tu dulu samada boleh handover ke cawangan lain atau tak.
hamidah says
Assalam..kita kna pergi ke bank yg bg kita pinjaman tu ye..lps tu btahu nak amik geran kereta..sya pun x amik lg ni..keta dah hbs byr..
PakcuFiq says
wa’salam.
ya. biasanya bank yg bagi pinjam tu simpan hardcopy geran tu. kena amik kat situ.
SYAFIRAH MAMAT says
Salam pakchu. Ade terbaca pakchu tulis terlbih byr nnt mybank akn refund ye? Mmg auto akn refund atau kita kne bgtau diorg? Sbb monthly sy bayar lebih dr amount biasa. Sy punye loan last bln september ni..sy pon xpasti brape last sy kena byr..cuba call maybnk dataran…tp tak prnah ade yg angkt..
PakcuFiq says
Wa’salam,
Macam pakcu sebelum ni buat autodebit bayar installment kereta tu.
Cuma bila pakcu ada buat personal loan dengan bank islam, pakcu trus buat settlement baki loan kereta.
Maksudnya waktu proses settlement dlm bulan tu, berlaku serentak dgn autodebit yg pakcu buat. Dah jadi double payment.
Waktu nak ambil geran tu, pegawai bank tu memang akan check status loan dan dia memang nampak dlm system ada terlebih bayar.
Waktu tu pakcu check dlm dalam maybank2u dah takde statement account loan kereta.
Pegawai tu kata bila hutang dah setlle, memang dah takde no.akaun loan tu dlm maybank2u.
Kalau ada lebihan, automatically bank akan refund.
Untuk kes pakcu, Proses refund ni memang automatik & dpt dlm masa 2 weeks. Tak perlu request.
Syafirah says
Ooo..mcm tu..okei2. Terima kasih pakcufiq..sbb tertnya2 mcmane proses nk ambik geran sbulm ni bila dah setel loan..baca pakcu pnye entryagak clear..terima kasih byk2 ye..๐๐
PakcuFiq says
Sama-sama.๐
Pakcu pun sebelum ni taktau juga..cuma tanya kawanยฒ yg ada experience.
Bila dah buat sendiri baru tau mcm mana.
Tu yg share kat blog ni.
Az says
Salam Pakcu, saya sambung bayar kereta makcik saya tapi dah habis bayar dan geran tu masih kat bank. Kalau saya sendiri pergi ambik boleh ke? Lagipun makcik saya sekarang kat singapore. Mohon pencerahan pakcu ๐๐ป๐ฅฒ
Pakcufiq says
Wa’salam,
Waktu nak ambil tu, pegawai bank tu akan verify mykad.
Mungkin boleh call bank tu dulu samada boleh guna wakil atau tak.
Bank pun biasanya tak boleh simply bagi kat orang lain sebab takut ada potential salah guna dokumen penting ni.
sally says
as salam pakcu, nak tanye proses ambil geran kereta ni ade kenakan apa2 pembayaran tak di bank?
Pakcufiq says
Wasalam.. takde bayaran. Datang ambil je