• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Barang Deco MR DIY – Cantik Dan Harga Berpatutan

November 21, 2020 by Pakcufiq Leave a Comment

Kalau minat untuk deco rumah boleh cuba dapatkan barang deco MR DIY. Barang deco yang dijual di MR DIY ni pun agak cantik dan harga pun berpatutan.

Pakcu ada beberapa kali masuk ke MR DIY ni tapi tak semua store yang banyak jual barang deco. Biasanya store yang bersaiz besar sahaja banyak pilihan untuk dapatkan barang deco.

Sebenarnya pakcu pun takdelah rajin sangat pasal deco ni. Tapi disebabkan PKP sebelum ni dan ramai pulak yang share pasal deco rumah, pakcu teringin nak cuba deco sikit-sikit.

Antara ruang yang pakcu nak deco ialah workstation kat dalam bilik sebab dah selalu work from home kan. Jadi, kenalah ada tempat bekerja yang selesa, kemas dan sedap mata memandang. Barulah boleh kekal produktif sepanjang hari.

Kategori Barang Deco MR DIY

Macam biasalah bila masuk MR DIY ni boleh jadi rambang mata. Sebelum masuk, nak beli 2-3 barang je tapi bila keluar tu tak cukup tangan nak bawa.

Pakcu beli barang deco di MR DIY Subang Parade. Rasanya, inilah store yang paling banyak barang deco pakcu pernah jumpa.

Deco Balcony/Outdoor

Kalau rumah yang ada balcony memang agak best sebab boleh lepak santai menikmati pemandangan luar sambil menghirup secawan kopi. Dengan ruang yang ada tu boleh la deco bagi nampak ceria sikit.

Rumput tiruan ni memang cantik kalau letak di balcony.
barang deco mr diy
Ada lagi koleksi yang menarik. Boleh pilih ikut kesukaan.

Frame Gambar MR DIY

Koleksi frame gambar yang ada MR DIY ni pun agak banyak dan pelbagai design menarik. Bolehlah cantikkan ruang dinding dengan gantung frame ni samada ruang tamu, bilik tidur, ruang makan atau ruang kerja.

Design frame ni sesuai untuk album gambar peribadi atau keluarga
barang deco mr diy
Ini pula dalam bentuk set. Dalam kotak tu akan ada beberapa saiz. Gantung kat ruang tamu memang cantik.

Hiasan Atas Meja 

Meja merupakan antara ruangan yang patut diberikan perhatian kalau nak deco. Boleh letak pokok hiasan kecil sebagai penyeri. Kalau pokok besar tu janganlah letak atas meja. Kena letak atas lantai.

barang deco mr diy
Pokok ni cantik kalau letak atas meja study, meja makan atau di ruang tamu.
barang deco mr diy
Yang ni sesuai kalau nak buat hadiah contohnya hadiah Birthday. Letak atas meja atau di rak/kabinet pun cantik.

Corak Dinding Yang Menarik

Kalau dah bosan dengan corak dinding yang sama, bolehlah cuba tampal sticker dinding ni. Dah ada macam-macam corak yang dijual. Bolehlah pilih ikut tema yang sesuai.

Corak yang simple tetapi menarik
Corak yang berkonsepkan flora dan fauna pun ada

Ada macam-macam lagi…

Ada banyak lagi barang deco MR DIY ni. Boleh rambang mata dibuatnya.

Kalau dalam rumah takde jam dinding macam tak lengkap je. Kat sini pun ada macam-macam design jam.
Tempat gantung kunci, storage box, dan lain-lain perhiasan.

Lokasi MR DIY

Nak mencari MR DIY ni dah tak jadi masalah sebab lokasinya ada di merata tempat. Di setiap pelosok negara kita boleh jumpa Mr DIY ni. Boleh rujuk laman web MR DIY untuk senarai lokasi.

Related posts:

AJL34-Ramalan Juara Untuk Anugerah Juara Lagu 34
Serum Rambut Terbaik Dengan Harga Berpatutan
Bantuan Prihatin Nasional Bagi Golongan B40 & M40

Filed Under: SEMBANG KEDAI KOPI

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2023 · pakcufiq.com