Kepada yang nak perbetulkan ayat Bahasa Inggeris, boleh cuba servis dari TextRanch. Servis ini adalah berbayar. Harganya bergantung kepada jumlah perkataan dan tahap pembetulan yang diperlukan.
Walaupun ramai rakyat Malaysia yang boleh berbahasa inggeris, tapi mungkin ada juga yang kurang mahir dengan penggunaan ayat atau struktur ayat yang tepat.
Bahasa Inggeris Yang Betul Untuk Urusan Rasmi
Disebabkan servisnya adalah berbayar tidak seperti google translate, mungkin boleh gunakan untuk tujuan penting sahaja. Contohnya, untuk urusan rasmi seperti surat menyurat, e-mail, nak buat complaint, report dan lain-lain.
Jika berurusan dengan pihak yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya, penggunaan ayat yang betul adalah sangat penting supaya boleh difahami. TextRanch boleh bantu untuk menjadikan ayat tersebut kelihatan profesional.
Perkara paling asas ialah sekurang-kurangnya boleh membuat ayat dalam Bahasa Inggeris walaupun grammar tunggang langgang. Kalau tak tau langsung pun susah juga TextRanch nak membantu.
Kenapa Pilih TextRanch ?
Sebenarnya pakcu pun pernah guna servis TextRanch ni. Ada banyak sebab kenapa pakcu pilih TextRanch. Antaranya ialah:
1. Jumlah Huruf Yang Banyak Untuk Diedit
Minimum huruf adalah 10 dan maksimum adalah 2100. Tetapi, sekiranya perlukan lebih 2100 huruf, boleh minta TextRanch berikan sebutharga untuk jumlah tersebut.
2. Boleh Pilih Ikut Keperluan Dan Kesesuaian
TextRanch menawarkan beberapa pilihan ayat yang diperlukan. Contohnya untuk Business E-mail, Essay, Technical Report dan lain-lain. Dari segi language, boleh pilih samada UK atau US.
3. Pilihan Service Level
TextRanch juga menawarkan 3 jenis service level iaitu Basic, Advance dan Premium. Harga setiap huruf adalah berbeza bagi setiap level.
4. Maklumbalas Yang Pantas
TextRanch akan memberi maklumbalas untuk setiap pembetulan ayat dengan masa yang sangat pantas iaitu hanya beberapa minit sahaja.
5. Beroperasi Sepanjang Masa
TextRanch beroperasi sepanjang masa iaitu 24/7. Sekiranya perlukan servis dengan segera, memang tiada masalah.
6. Profesional Editor
TextRanch menggunakan tenaga pakar sepenuhnya dari kalangan profesional dan bukan dari bantuan robot.
7. Keselamatan Data
TextRanch meberi jaminan setiap teks yang dihantar untuk diedit akan disimpan dengan selamat. Teks tersebut tidak akan disebarkan dalam sebarang platform.
8. Servis Yang Dipercayai
Ini adalah antara perkara yang penting. Setakat pengalaman pakcu guna TextRanch ni, ia bukanlah scammer. Setiap ayat yang dihantar akan mendapat maklumbalas dan pembetulan ayat yang baik.
Teruskan Belajar Tanpa Jemu
Sambil guna servis yang berbayar ni, jangan sia-siakan maklumbalas dari TextRanch. Boleh gunakan ayat yang telah diperbetulkan untuk kegunaan pada masa akan datang.
Inilah peluang untuk kita ambil manfaat dari servis yang disediakan. Sekurang-kurangya kita tak perlulah nak bergantung sepenuhnya dengan pihak lain pada setiap masa.
Untuk maklumat lanjut boleh akses terus ke https://textranch.com/
Leave a Reply