• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Kacang Terbaik Untuk Kesihatan Dan Diet

August 9, 2020 by Pakcufiq Leave a Comment

Bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan sudah pasti mahu mencari jenis kacang terbaik untuk dimakan. Untuk masalah kesihatan seperti gout, secara amnya kacang adalah antara makanan yang perlu dielakkan.

Pakcu pun mempunyai paras acid uric yang tinggi iaitu penyebab utama masalah gout. Walaupun masih belum dikategorikan sebagai pesakit gout, pakcu perlu berhati-hati kerana faktor makanan juga penentu paras uric acid tersebut.

Memadangkan kacang adalah antara makanan ringan kegemaran, pakcu cuba mencari jenis kacang terbaik untuk dimakan. Sebenarnya masih ada beberapa jenis kacang yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan.

Jenis Kacang Terbaik Untuk Kesihatan Dan Diet

Berikut merupakan jenis kacang terbaik yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan:

Almond

Almond dapat meningkatkan kesihatan apabila dimakan dalam jumlah kecil (10 g / hari) atau sebahagian besar (100 g / hari). Untuk yang menjaga diet pemakanan, almond juga sangat sesuai dimakan. Ia mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Ditambah pula dengan kandungan serat yang tinggi  menjadi faktor utama yang memberikan rasa kenyang dan kawalan berat badan.

kacang terbaik
Almond mempunyai rasa yang sedap biasa dijadikan bahan untuk biskut.

Apa yang lebih menarik lagi ialah kemampuan Almond termasuk mengurangkan risiko masalah jantung ataupun kardiovaskular.

Walnut

Hampir sama dengan khasiat almond, walnut juga memberi beberapa manfaat untuk kesihatan. Kajian menunjukkan dengan pengambilan walnut  antara 21 dan 75 g / hari dapat mengurangkan risiko kardiovaskular.

Rasa walnut sedikit kelat/pahit tetapi masih sedap dimakan

Dari segi diet, pengambilan walnut merupakan alternatif yang bagus untuk meningkatkan kualiti diet iaitu dapat menggantikan kekurangan nutrien dalam diet seharian.

Pistachio

Secara umumnya, pistachio adalah jenis kacang yang kaya dengan nutrien. Di samping itu, Pistachio juga merupakan antara salah satu jenis kacang yang mempunyai kandungan kalori yang rendah.

Boleh dianggap antara kacang paling sedap

Pistachio juga dikategorikan sebagai kacang yang tinggi antioksida. Antioksida adalah bahan yang memainkan peranan penting dalam kesihatan. Ia mampu mengurangkan risiko kanser dan penyakit lain dengan mencegah kerosakan pada sel tubuh.

Dimanakah Kacang Tersebut Boleh Dibeli?

Pakcu biasanya beli kacang di Mahnaz Food. Ada beberapa cawangan di Pasaraya besar sekitar Lembah Klang dan Lembah Klang. Untuk lebih mudah, boleh beli secara online di SHOPEE.

Rujukan :

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322899#benefits-of-pistachios

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5748761/#B22-nutrients-09-01311

Related posts:

Cara Renew SSM Certificate Secara Online
4 Perkara Yang Penyewa@Pembeli Rumah Flat Terlepas Pandang
Perbetulkan Bahasa Inggeris Secara Online Di TextRanch

Filed Under: TIPS

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2023 · pakcufiq.com