Naik train Jakarta ke Bandung menjadi pilihan untuk Trip kali ni. Tapi sebelum tu pakcu dari awal pagi dah naik train dari Putrajaya Sentral ke KLIA. Kebiasaannya pakcu akan parking kereta di Putrajaya sebab rate agak murah.
Disebabkan flight dari KLIA2 jam 7am, pakcu kena bangun awal pagi. 4.20am dah ada di Putrajaya Sentral untuk naik train.
Kali ni flight Air Asia berlepas tepat pada waktunya. Waktu pakcu dan kawan pakcu sampai, tempat menunggu tu dah kosong sebab dah ramai yang masuk dalam flight. Dari KLIA2 ke Jakarta lebih kurang 2jam.
Jam 8am mendarat dengan selamat di Soekarno Hatta airport. Sebelum mendarat tu, cabin crew dah bagi borang ketibaan untuk diisi. Urusan imigresen di sini agak lancar juga. Pegawai tu cuma tanya pakcu urusan apa untuk datang. Jawab je la nak bercuti.
Cara pergi ke Stesen Gambir dari airport
Disebabkan trip ni kami memilih untuk naik train, maka kami perlu naik di stesen gambir. Untuk ke Stesen Gambir boleh naik grab, gojek atau bas. Kami pilih untuk naik bas. Dari airport ni, ikut saje signboard untuk ke stesen bas. Tak jauh pun cuma sebelah bangunan je. Lagipun Soekarno Hatta Aiport ni takdela besar sangat. Senang nak jumpa stesen bas tu.
Dah sampai stesen, kena print tiket di kiosk. Kalau tak pandai nak tekan2 mesin tu jangan risau. Ada cewek di situ yang akan bantu. Dah print tiket baru buat bayaran di kaunter. Harga nya ialah IDR40K.
Dah buat bayaran, tunggu je la bas tu muncul. Boleh tengok status ketibaan di skrin. Tapi pakcu tak faham pun tengok status tu. Tanya je staf yang bertugas. Lepas tu tunggu je staf tu buat pengumuman bila bas dah ada kat platform. Bas untuk ke Stesen Gambir ialah Damri Bus.
Dari airport ke Stesen Gambir hampir 1jam juga. Bila dah nak sampai ke Gambir tu jalan agak macet juga. Ni adalah fenomena biasa di Jakarta. Bila sampai tu terus menuju kaunter untuk beli tiket train.
Cara beli tiket train ke Bandung
Untuk beli tiket ni, boleh beli secara online di tiket.com ataupun traveloka. Kalau dah beli online, boleh terus ke kiosk untuk print boarding pass. Mudah saja nak print cuma masukkan nombor booking. Lebih kurang macam nak print boarding flight.
Kami cuma beli secara walk in je. Paling awal train yang kami dapat jam 11.30am. OK lah tak perlu nak tunggu lama dan sempat la pergi makan. Sebenarnya, kami dah survey secara online nampak macam banyak je seat available.
Mula-mula terfikir nak beli online tapi kami tak pasti jam berapa akan sampai Stesen Gambir. Maklumlah tahap kesesakan di Jakarta tak boleh dijangka.
Beli tiket train secara online sangat digalakkan..
Tapi bila nak beli di kaunter tu banyak seat dah sold out. Nasib kami baik sebab tengah minggu boleh la dpt tiket kalau walk in. Dinasihatkan untuk beli awal secara online bagi mengelakkan kehabisan terutama bila hujung minggu. Disebabkan kami ni nak berjimat, cuma beli seat economy je berharga IDR110K. Kalau executive, IDR150K.
Sementara nak tunggu train tu, kami makan dulu. Dalam stesen ni ada la beberapa kedai makan. Harganya boleh tahan mahal juga. Macam harga makanan di airport. Makan nasi goreng special dan air mineral pun dah IDR44K.
Naik train Jakarta ke Bandung
Jam 11.15, kami pun masuk untuk boarding. Sebelum tu kena check boarding dan passport di pintu masuk. Kat sini sekali lagi blur sebab tak faham nak naik platform mana.
Tanya security kat situ dan dia tunjukkan arah. Dah sampai dekat platform blur lagi. Kali ni tak faham pulak nak tengok nombor coach tu. Sebab macam ada beza sikit dengan tiket tu. Asyik tak faham je. Mujur security kat situ sedia membantu.
Tepat jam 11.30am, train berlepas meninggalkan stesen gambir. Perjalanan train ke Bandung mengambil masa 3jam 30 minit. Boleh tahan lama juga. Pakcu nasihatkan korang, beli lah seat executive untuk lebih selesa. Jangan kedekut macam pakcu. Sebab seat economy ni memang menyakitkan badan. Tak ergonomik langsung.
Pemandangan menarik naik train dari Jakarta ke Bandung
Antara sebab kami naik train ni ialah nak menyaksikan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan. Di kiri kanan banyak sawah padi terutama padi bukit. Ada yang masih meghijau, ada yang dah dituai dan ada yang baru ditanam.
Kawasan paling cantik bila dah menghampiri Bandung iaitu sejam sebelum sampai Bandung. Bila train melalui jambatan gantung di celah bukit tu, pemandangan kawasan padi bukit agak cantik. Kalau tak silap ada 4-5 jambatan. Tapi cuma ada masa 5-10 saat je untuk tengok pemandangan tu bila lalu kat jambatan. So, jangan tidur dan sila tumpukan perhatian.
Bandung yang sejuk di sebalik sinaran mentari
Jam 3pm, kami tiba di stesen Bandung. Maka bermulalah episod untuk meneroka Bandung yang boleh dianggap tempat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Dari stesen tu kami mencari arah tuju ke mana nak pergi. Biasalah pergi sendiri tanpa itinerari beginilah jadinya.
Kami berjalan menuju ke Braga Citywalk lebih kurang 1.2km. Sambil tu buka agoda nak cari bilik.
Berjalan dan terus berjalan di bawah sinar mentari. Tapi bandung ni ada angin yang sejuk so tak terasa panas. Bila dah sampai di Braga Walk, kami pergi ke sebuah hotel untuk tanya bilik. Ada 1 bilik tu bukan dlm bajet kami.
Kemudian, teruskan lagi misi mencari bilik. Buka lagi Agoda dan jumpa bilik agak murah yang tak jauh dengan Cihampelas. Kali ni kami naik grab dari Braga ke Cihampelas (IDR16K).
Hotel murah di Bandung
Kalau di Bandung, biasanya orang suka menginap berhampiran Cihampelas Walk. Di sini agak meriah dari siang hingga ke malam. Banyak kedai dan restoran di sepanjang Cihampelas Walk. Tapi kami tak la menginap di Cihampelas tu sebab kat situ macam mahal juga. Kami hanya menginap di Oyo Arwiga Hotel yang tak jauh dari Cihampelas. Kalau jalan kaki lebih kurang 10 minit.
Harga untuk 4h3m ialah IDR540k. Mula2 kami dapat bilik yang luas tapi bilik ni takde plug. Penting kot plug tu. Nak cas telefon & power bank. Kami tukar bilik tapi dapat bilik yang sempit sikit. Tapi Okay lah ada plug.
Disebabkan agak lapar, kami terus order makan di hotel tu. Dia terus hantar ke bilik. Harganya murah juga IDR38K untuk nasi goreng dan teh O panas.
Di sebelah malam, kami berjalan kaki menuju ke Cihampelas. Saje jalan-jalan ke situ. Ushar apa yang patut. Kedai kat sini akan tutup antara jam 9-10pm. Lepas tu akan sepi ditelan kegelapan malam. Bila dah takde apa nak buat, kami masuk bilik untuk tidur je setelah keletihan mengharungi perjalanan yang panjang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Leave a Reply