Kota Tua menjadi lokasi terakhir untuk trip Jakarta Bandung ni. Ni pun sebab dah tak tau nak ke mana. Lagipun ini adalah lokasi yang berdekatan dan mudah untuk balik ke airport.
Tapi sebelum tu berbalik semula kepada kisah Tugu Monas. Disebabkan misi nak masuk ke sini terkandas, kami pun meneruskan semula misi tersebut. Sebaik sahaja check-out, kami hanya berjalan kaki dari hotel sekitar 1.5km untuk sampai.
Jam 9 pagi kami sampai di sini. Disebabkan hari Ahad, memang sangat ramai warga Jakarta yang datang ke sini. Sama seperti waktu malam. Seolah-olah berada di lautan manusia.
Cuaca pun amat baik dan kami hanya bersantai sahaja di sini sambil melihat gelagat pengunjung yang datang. Dah puas bergambar maka perut pun dah lapar. Terus mencari makan di gerai yang berhampiran iaitu lokasi sama seperti malam sebelumnya.
Kota Tua Jakarta
Bila dah kenyang, kami pun order grab untuk ke Kota Tua. Lebih kurang 15 minit dah sampai. Di sini pun meriah juga dengan pengunjung. Kalau nak tau lebih lanjut sejarah Kota Tua, boleh rujuk di WIKIPEDIA.
Muzium Sejarah Kota Tua
Di sini ada muzium iaitu muzium sejarah dan muzium 3D. Pakcu cuma masuk ke muzium sejarah sahaja. Banyak info sejarah terutama berkaitan Jakarta ada di sini. Ini antara koleksi dalam muzium:
Dalam muzium ni memang banyak koleksi sejarah. Tapi ada sesetengah bahan pameran tu kekurangan info atau tiada langsung info untuk dibaca. Banyak benda yang pakcu tak tau. Setakat tengok je la.
Wisata Sungai Kota Tua
Sebenarnya ini lokasi yang tak sengaja disinggah. Disebabkan masih banyak masa, kami keluar dari Kota Tua dan terus belok ke kanan. Jalan beberapa ratus meter terjumpa lanskap yang menarik di sini.
Rupa-rupanya ini juga adalah lokasi wisata di Kota Tua. Pemandangan cantik dan bersih. Waktu malam juga mesti cantik sebab kelihatan banyak lampu dipasang.
Trip Jakarta Bandung Berakhir Di Sini
Di sini adalah destinasi terakhir untuk trip Jakarta Bandung ni. Cuaca pun dah semakin panas terik. Kami order grab di sini untuk balik ke airport. Perjalanan ke airport lebih kurang 30 minit.
Sebaik tiba di airport, kami cari tempat makan sebab dalam flight tak beli makanan pun. Tak banyak pilihan restoran kat sini. Kami hanya makan KFC je.
Bila perut dah kenyang terus masuk untuk check in untuk tunggu flight. Flight pun berlepas tepat pada waktunya dan kami pun meninggalkan Kota Jakarta.
ARTIKEL BERKAITAN:
Leave a Reply