• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

4 Perkara Yang Penyewa@Pembeli Rumah Flat Terlepas Pandang

December 15, 2020 by Pakcufiq 1 Comment

Untuk membeli atau menyewa rumah flat ini banyak juga cabaran. Walaupun dikategorikan sebagai antara rumah mampu milik, banyak perkara yang perlu diberi perhatian.

Baik pembeli ataupun penyewa, sebelum menghuni sesuatu rumah sudah pasti akan buat pemeriksaan yang teliti. Perkara ini ada juga diceritakan dalam post sebelum ini iaitu Cara Beli Rumah Subsale Atau Secondhand.

rumah flat
Gambar sekadar hiasan

Ini Perkara Yang Penyewa@Pembeli Rumah Flat Selalu Terlepas Pandang

Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah menyewa dan membeli rumah. Ada juga perkongisan dari rakan-rakan yang lain di mana banyak perkara yang terlepas pandang.

1. Parking

Ini antara masalah utama rumah flat. Memang susah nak dapat parking. Ada sesetengah yang dah siap cop parking dengan meletakkan kon, pasu bunga, dan lain-lain.

Jangan sesekali melawat rumah pada hari bekerja. Waktu ini memang kelihatan mudah untuk parking sebab kebanyakan penghuni keluar bekerja. Cubalah datang pada sebelah malam. Waktu ni barulah nampak betapa susahnya nak mencari parking.

Harus diingat, ini juga adalah antara punca penghuni flat bergaduh ya sebab nak berebut parking.

Kalau jenis bekerja naik kereta dan selalu balik lambat, fikir-fikirlah perkara ni.

2. Pengurusan Flat (JMB)

Selagi belum menetap, memang susah untuk buat penilaian berkenaan pengurusan ni. Antara tips yang boleh digunakan untuk mengetahui pengurusan berfungsi dengan baik atau tidak adalah seperti berikut:

  • Lihat keadaan sekeliling. Kalau nampak bersih dan terurus, biasanya dijaga dengan baik.
  • Tanya bakal jiran / orang yang menetap di flat tersebut.

Ini antara salah satu pengalaman sendiri yang terlepas pandang iaitu lampu di setiap tangga blok yang tidak menyala. Waktu melawat rumah di siang hari, memang tak terfikir pasal lampu tangga.

Pengalaman malam pertama di rumah sewa memang tak disangka. Rupa-rupanya 1 lampu pun tak menyala dari tingkat bawah sampai ke atas. Nak turun tangga punyalah gelap gelita. Dikatakan berpunca dari pihak penguurusan ada tunggakan bil eletrik yang tidak berbayar.

Menghuni di rumah flat bermaksud berkongsi blok dan kemudahan dengan penghuni lain. Selain penghuni itu sendiri, pihak pengurusan juga memainkan peranan dalam memastikan keselesaan penghuni.

3. Tekanan Air

Ini juga perkara yang terlepas pandang yang mana telah terjadi pada diri sendiri dan rakan-rakan lain. Waktu melawat rumah, mungkin asyik beri tumpuan kepada keadaan fizikal rumah.

Bila rumah flat di tingkat tinggi, perkara yang perlu diperiksa ialah tekanan air. Ada rumah memang tekanan air adalah rendah walaupun bukan penggunaan pada waktu puncak.

Disebabkan air adalah perkara penting, bila ada masalah sebegini memang perlu berfikir panjang.

rumah flat
Biasanya air di sinki ni terus dari meter. Boleh cuba periksa tahap kelajuan air di sinki

4. Paip Air Dalam Dinding Yang Bocor

Untuk sesetengah rumah, ada yang jenis sistem paip berada dalam dinding. Berdasarkan pengalam rakan yang telah membeli rumah, ada berlaku kebocoran dan menyebabkan ada kesan basah pada dinding. Kemudian, akan merebak ke bahagian rumah di tingkat bawah.

Kesan bocor ni boleh menyebabkan dinding jadi berkulat siap ada cendawan lagi. Kalau kesan bocor tu menyebabkan kerosakan kepada rumah lain di tingkat bawah, memang tuan rumah la kena bertanggungjawab nanti.

Lepas ni kena perhati juga keadaan dinding. Kalau nampak kesan tompok atau lembap, mungkin inilah puncanya.

Jangan Menyesal Di Kemudian Hari

Kepada yang baru nak membeli/menyewa rumah flat, jangan terlepas pandang perkara remeh yang mendatangkan masalah di kemudian hari.

Untuk mencari kesempurnaan tu memang susah. Tapi, cubalah buat pemeriksan dan pemerhatian yang terbaik sebelum membeli atau menyewa rumah.

Sebagai penyewa mungkin tiada masalah jika rasa tak puas hati. Nanti boleh cari rumah sewa lain. Untuk pembeli rumah pula, bila ada perkara yang tak menyenangkan, memang boleh runsing memikirkannya.

Related posts:

Kacang Terbaik Untuk Kesihatan Dan Diet
Cara Renew SSM Certificate Secara Online
Perbetulkan Bahasa Inggeris Secara Online Di TextRanch

Filed Under: TIPS

Reader Interactions

Comments

  1. shaffizan says

    March 12, 2023 at 12:33 am

    masa saya duk rumah flat di alor setar. memang selalu ada masalah air tu. tekanan tak kuat. tapi kalau di kedah ni, bukan takat rumah atas. sebab lepas dekat 2 tahun say duk flat tadi tu, saya duk rumah landed pula di alor setar. ada juga masalah air.

    mungkin sebenarnya ia bukan masalah air, tapi masalah orang yang tak buat kerja. haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 ยท pakcufiq.com