• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Punca Kereta Berdengung Dan Jadi Berat

September 19, 2020 by Pakcufiq 5 Comments

Punca kereta berdengung dan berat jadi topik pakcu kali ni. Nampaknya kisah pasal masalah kereta pakcu ni masih belum berakhir. Ini juga sambungan dari post pakcu sebelum ni iaitu Punca Kereta Jadi Berat Dan Lambat Pickup.

Kalau bunyi kereta berdengung tu berpunca dari bearing tayar takdelah pakcu susah hati sangat. Tapi bila foremen kata punca dari gearbox memang memeningkan kepala juga tengok poket pun dah makin nipis.huhuhu.

Lepas pakcu servis kereta sebelum ni, pakcu pun cuba untuk drive jauh iaitu waktu balik kampung dengan jarak perjalanan lebih 300km. Bila perjalanan jauh ni baru dapat menguji tahap prestasi sebenar kereta. Maklumlah sejak PKP lagi tak memandu jauh. Berdasarkan tahap kepuasan pakcu, ternyata masih belum mencapai tahap memuaskan.

Bunyi berdengung dan terasa berat sememangya mengganggu mood pakcu. Sampai satu tahap, pakcu macam malas nak memotong kat hihgway tu. Sekadar maintain kelajuan 80-100 kmj. Pakcu cuma harap waktu drive tu takkan ada masalah besar berlaku.

Selepas beberapa minggu, sekali lagi pakcu pergi ke bengkel berdekatan rumah. Ini pun bengkel yang baru first time pakcu pergi berdasarkan hasil carian di google dan Facebook. Dari segi review nampak agak baik.

Tuning & Body Throttle Gearbox

Waktu pakcu explain masalah kereta pada foremen tu, dia seolah sudah mengerti apa masalahnya. Dia buat andaian punca bunyi berdengung dan berat tu dari gearbox selepas test drive.

Pakcu pun tanya foremen apa servis yang dia boleh buat untuk kasi settle masalah. Dia bagi cadangan untuk buat tuning & body throttle dan tukar cvt filter. Pakcu pun layan je lah asalkan kos jangan mahal sangat. Cuma dia bagitau siap-siap, ni bukanlah solution 100% sebab dia cuma buat servis biasa je.

lepas dah siap servis tu, pakcu puas hati sikit la sebab nampak macam ada improvement. Bunyi berdengung tu macam dah kurang sikit. Tapi masih ada lagi bunyi yang tak menyenangkan telinga pakcu ni.

Mounting Kereta Punca Kereta Berdengung

Pakcu memang dah lama perasan mounting kereta ni pun ada problem sebab gegaran stereng tu agak kuat. Cuma pakcu tak terus repair sebab kumpul bajet untuk masalah gearbox sebelum ni.

punca kereta berdengung
Kalau ada gegaran kuat pada stereng dan dashboard, mounting adalah salah satu puncanya

Sekali lagi pakcu google senarai bengkel yang ada review positif. Pakcu pun jumpa satu bengkel ni tapi lokasinya di Shah Alam dan agak sedikit jauh dari rumah pakcu.

Waktu test drive, foremen tu kata dia tak fikir ada masalah besar pada gearbox. Kadang-kadang ada sedikit bunyi pada gearbox tapi itu hanya sifat CVT yang alert kalau ada fungsi lain yang terganggu. Dia check gearbox guna system pun tak nampak sebarang masalah CVT.

Disebabkan bunyi berdengung tu bukan dari bearing tayar dan bukan dari gearbox, dia bagi cadangan untuk tukar 1 set mounting sahaja. Kemudian baru check semula performance kereta tu kalau ada lagi yang perlu dibuat. Dia cuba elakkan untuk terus overhaul gearbox sebab kosnya memang lah tersangat mahal.

Harga Kos 1 Set Mounting Original

Pakcu pun setuju je la sebab mounting tu pun antara benda yang pakcu nak ganti juga. Harga yang ditawarkan kepada pakcu ialah RM550 (1 set mounting original proton) dan RM150 (kos upah).

Macam biasalah, pakcu kena tinggalkan kereta sebab lewat petang baru siap. Daripada 10am pakcu hantar, pukul 5pm kereta dah boleh ambil. Pakcu cuma harapkan kejujuran bengkel tu la untuk guna mounting ori sama dgn apa yang pakcu bayar tu. Maklumlah kita bukan tengok pun dia buat kerja.

Bila dah settle payment, pakcu pun amik kunci dah start kereta. Mula-mula pakcu terfikir enjin tu dah hidup ke belum sebab macam takde bunyi je…hahaha. Pakcu pun dah mula senyum lebar. Tekan pedal minyak dan terus bergerak laju.. Yess memang dah takde bunyi dan pergerakan terasa very smooth.

Kesimpulannya, punca sebenar masalah kereta berdengung dan jadi berat tu datangnya dari mounting tu… maka tamatlah kisah pasal gearbox. Tak tidur lena  pakcu dibuatnya mengenangkan kos yang nak kena keluar kalau repair gearbox tu.. harap-harap takde lagi lah masalah yang kena keluarkan bajet besar ni. Tabung pun dah makin susut. huhu.

Servis kereta di JV Auto Resources

Pakcu servis kereta ni di JV Auto Resources bertempat di Seksyen 7 Shah Alam. Kalau guna Waze, boleh search JV Auto Resources. Bengkel ni pun boleh dianggap besar juga dan memang agak banyak kereta di bengkel ni. Memang agak susah lah kalau nak repair on the spot.

Punca kereta berdengung
Bengkel JV Auto Resources. Sumber gambar dari FB JV Auto Resources. Sebenarnya bengkel ni ada 3 lot, so jangan terpedaya dengan signboard tu.

Related posts:

Kasut Selesa Untuk Berjalan Jauh
Cara Renew Lesen Memandu Kenderaan
Contact Lens Terbaik Dan Serasi Dengan Mata

Filed Under: TIPS

Reader Interactions

Comments

  1. RAMLI says

    February 28, 2021 at 6:19 pm

    Mounting engine ada pecah@crack tak pak cu @ dah keras saja?…

    Reply
    • PakcuFiq says

      March 1, 2021 at 9:40 pm

      Bengkel tu tak cakap apa-apa pun pasal condition mounting.
      Dia terus tukar 1 set je.
      Pakcu pun layan je lah asal kereta ok.. hehehe.

      Reply
      • Hafizah says

        October 17, 2022 at 2:13 pm

        Bole tanya x.. Bunyi berdengung tu kadang2 ka.. Kereta alza sy.. Mcm berdengung kadang2 masa belok.. Pas ru berat. Jap.. Pas ru tekan minyak ok.. Kekadg jadi kekadg ok

        Reply
        • Pakcufiq says

          November 8, 2022 at 9:19 pm

          bunyi dengung tu memang konsisten..waktu start enjin je dah berdengung

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 · pakcufiq.com