• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Nasi Kukus Sedap Di Klang Valley – D’Naim

October 23, 2020 by Pakcufiq 1 Comment

Nasi kukus ni boleh dianggap menu yang cukup sinonim untuk  makan tengah hari atau makan malam. Nasi kukus memang sedap dimakan dengan ayam goreng berempah yang seolah-olah menjadi kombinasi wajib. Pakcu mula perasan nasi kukus ni pada 2010. Waktu tu tak ramai lagi yang berniaga nasi kukus ni . Tapi sekarang cukup mudah nak dapat nasi kukus sebab dah ramai peniaga yang jual.

Beza nasi kukus dengan nasi biasa ni sudah pasti cara memasaknya. Selain daripada itu yang pakcu tau ada perbezaan dari segi kalori dan karbohidrat. Dari segi rasa boleh dikatakan tak banyak perbezaan.

Kebiasaannya, nasi kukus ni dihidangkan dengan kombinasi ayam goreng berempah, kuah kari dan ulam. Tetapi ada juga variasi lain mengikut kreativiti masing-masing. Pada pandangan pakcu, yang akan menentukan kesedapan bila makan nasi kukus ni adalah bergantung kepada kombinasi tersebut.

Dah banyak tempat pakcu cuba nasi kukus ni. Ada yang kena dengan selera pakcu, ada yang macam kurang sedap. Contohnya, ada yang nasi tu OK tapi ayam gorengnya pulak kurang sedap. Ada juga yang kuahnya terlalu cair dan kurang rasa. Bukan mudah juga nak cari nasi kukus sedap yang kena dengan citarasa.

Nasi Kukus Sedap D’Naim

Antara nasi kukus yang boleh dianggap sedap dan menjadi pilihan pakcu ialah D’Naim Nasi Kukus. Pakcu beli nasi kukus ni pun di Grab Food. Belum pernah lagi beli di kedai. Kalau di Grab Food, D’Naim Nasi Kukus ni ada di Petaling Jaya dan Pantai Dalam, KL. Ini semua berpunca dari PKP yang membuatkan pakcu rajin sangat order makan di Grab Food.

Setelah beberapa kali makan, boleh dikatakan D’Naim Nasi Kukus ni sesuai dengan selera pakcu. Antara faktornya ialah:

  • Tekstur nasi yang lembut. Tak keras dan tak lembik.
  • Kuahnya pekat dan ada rasa sikit pedas
  • Sambal yang tak terlalu pedas
  • Ada banyak variasi iaitu ayam goreng berempah, ayam masak kicap, ayam masak sambal, ayam goreng kunyit, daging goreng.
  • Ada alas daun pisang yang membangkitkan aroma.
nasi kukus sedap
Nasi kukus ayam goreng kunyit. Ayam ni dicincang saiz sederhana.
nasi kukus sedap
Daging goreng ni adalah kegemaran pakcu

Belum Cuba Belum Tahu

Kalau nak tau sedap atau tak, kena la cuba. Belum cuba belum tahu. Review pakcu ni adalah mengikut selera pakcu dan ia adalah perkara subjektif. Citarasa kita kan tak sama.

Boleh rujuk di Facebook D’Naim.

Related posts:

Nasi Lemak Sedap Petaling Jaya | Memang Terbaik
Kedai Kek Dan Roti - Baker's Cottage
Makanan Korea Yang Dijamin Halal Di DubuYo

Filed Under: CARI MAKAN, Citarasa Melayu

Reader Interactions

Comments

  1. erotik says

    December 8, 2020 at 2:08 am

    I really like your writing style, fantastic information, appreciate it for posting : D. Cymbre Benny Zulema

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 · pakcufiq.com