Nak mencari kedai kek dan roti ni bukanlah satu masalah besar sebab kedai ni dah ada di merata tempat. Selain daripada beli roti gardenia di kedai runcit atau hypermarket, sesekali pakcu akan ke kedai kek & roti. Kalau masuk kedai kek ni biasanya akan jadi rambang mata sebab ada banyak variasi yang boleh dibeli.
Kedai Kek Dan Roti Di Baker’s Cottage
Ini antara salah satu kedai yang pakcu selalu pergi. Sebabnya tak lain tak bukan dekat dengan rumah. Antara produk yang dijual oleh Baker’s Cottage ialah roti, pastri, kek, biskut dan kuih bulan. Kualiti produk juga sangat baik dan puas hati. Harganya juga sangat berpatutan.
Yang menariknya, Baker’s Cottage ni ada banyak cawangan. Merujuk kepada laman web Baker’s Cottage, cawangannya telah berada di 6 negeri. Boleh rujuk DI SINI untuk senarai cawangan.
Kek
Pakcu jarang sangat beli kek. Sekali sekala je beli kalau teringin sangat nak makan. Maklumlah kena jaga berat badan kan. Antara kek yang dijual ialah American Chocolate, Tiramisu, Red Velvet, Warmest Chocolate dan banyak lagi. Ice Cream Cake pun ada. Pilih jelah mana yang berkenan dengan selera.


Roti
Kalau roti memang dah beberapa jenis pakcu pernah beli. Antaranya ialah Chicken Sausage Bun, Egg Tart, Donut, Curry Chicken/Sardine Puff, Chocolate Danish, Muffin (Chocolate & Banana), Chicken Floss Bun/Spicy Flossy, Frank Cheese Bun, Pandan Swiss Roll, Potato Roll dan macam-macam lagi lah sampai pakcu pun lupa apa yang dah pernah makan.
Nasi Ayam Panggang
Waktu pertama kali masuk kedai ni, pakcu pun tak terfikir ada jual nasi ayam panggang. Biasanya kedai kek dan roti ni jarang-jarang ada jual nasi ayam. Ayamnya ada 2 jenis iaitu Blackpepper dan Barbeque. Nasi ayam dijual secara set manakala kalau nak beli ayam sahaja pun boleh iaitu harga seekor ayam.


Rasa nasi ayam pun tak mengecewakan. Ayam panggang tu pun sedap dan saiz agak besar. Berbaloi dengan harga. Biasanya setiap minggu pakcu akan beli nasi ayam kat sini. Pernah juga beli seekor ayam dengan harga promosi iaitu RM11.90 seekor. Memang sangat berbaloi.

Jaga Pemakanan
Memang tak dinafikan makanan yang dijual semua sedap-sedap yang boleh menggoncang nafsu makan. Tapi awas, kesihatan harus diutamakan. Jangan biarkan nafsu makan menguasai diri.
Untuk maklumat lanjut, boleh akses ke Laman Web Baker’s Cottage
Leave a Reply