Benjolan pada testis sudah pasti merunsingkan kaum lelaki. Apa tidaknya, di situlah terletaknya organ paling penting bagi lelaki. Bagi kaum lelaki yang prihatin dengan anggota kelamin, sudah pasti kewujudan benjolan ni akan diberi perhatian serius.
Memandangkan testis adalah organ pembiakan dan penghasilan sperma bagi lelaki, ia perlu dijaga dengan baik. Sebarang keganjilan yang berlaku, perlu buat pemeriksaan dengan doktor.
Apa yang pakcu kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar kawan pakcu yang mempunyai benjolan pada bahagian testis kiri. Sebaik menyedari ada benjolan yang mencurigakan pada bahagian testis kiri, beliau telah pergi ke klinik swasta untuk buat pemeriksaan. Waktu tu, usianya dalam lingkungan 20tahun.
Tiada Rasa Sakit Dan Perubahan Saiz Yang Tidak Ketara
Benjolan tu tak mendatangkan kesakitan pun walaupun ditekan. Saiznya pun lebih kurang macam saiz kacang. Disebabkan pergi ke klinik biasa sahaja, tiada pemeriksaan lanjut yang dibuat. Doktor hanya membuat pemeriksaan fizikal sahaja.
10 tahun kemudian, benjolan tu macam sedikit membesar dan sesekali terasa berdenyut walaupun tidaklah terlalu sakit. Sekali lagi pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan. Doktor hanya buat pemeriksaan fizikal dan sediakan referal letter untuk buat pemeriksaan lanjut di hospital.
Pemeriksaan Lanjut Di Hospital Untuk Kenalpasti Benjolan Pada Testis
Disebabkan nak dapat kepastian apakah sebenarnya benjolan itu, ini prosedur yang beliau buat:
- Dapatkan referal letter dari klinik panel untuk mohon GL
- Cari hospital yang ada perkhidmatan urologist, kemudian buat temujanji untuk consultation
- Hadir ke hospital berdasarkan temujanji dan cerita pada doktor pasal benjolan tu
- Doktor buat pemeriksaan fizikal
- Doktor sarankan buat ujian darah untuk kenalpasti samada kategori kanser atau bukan. Selain itu perlu buat ultrasound. Disebabkan slot untuk ultrasound telah penuh, perlu datang hari lain.
- Datang sekali lagi ke hospital untuk buat ultrasound mengikut slot yang dijadualkan. Proses ultrasound lebih kurang 10 minit sahaja dan boleh dapat report dalam masa beberapa minit.
- Berdasarkan result ultrasound, benjolan itu adalah spermatocele. Doktor sahkan bukan kanser dan hanya kategori benign cyst. Ujian darah juga tidak menunjukkan petanda ada simptom yang kronik.
- Disebabkan saiz masih kecil dan tidak terlalu sakit, doktor cadangkan supaya tak perlu lakukan apa-apa prosedur. Hanya perlu pantau saiz tersebut. Doktor cadangkan untuk datang lagi buat ultrasound selepas 6 bulan.
- Selepas 6 bulan, sekali lagi buat ultrasound dan keputusannya ialah saiz spermatocele tersebut masih kekal iaitu tiada penambahan saiz.
- Doktor memang tak galakkan untuk terus buang benjolan tu kalau masih belum rasa sakit yang kritikal. Buat masa sekarang hanya pantau saiz benjolan tu serta tahap kesakitan.
Selepas buat prosedur yang lengkap, barulah rasa puas hati sebab dah tau apakah benjolan itu. Yang paling melegakan ialah bukan kanser.
Spermatocele / Epididymal Cyst
Kredit Foto : Dr Tim Nathan Urology
Apakah spermatocele?
Ia adalah benjolan yang mengandungi sel-sel cecair dan sperma. Selalunya tidak menyakitkan, dan tumbuh berhampiran testis. Dikategorikan sebagai bukan kanser dan tidak menjejaskan tahap kesuburan.
Apakah punca spermatocele?
Punca sebenar masih tidak dapat dijelaskan dengan tepat secara saintifik. Kemungkinan yang boleh dibuat ialah ada berlaku keradangan, jangkitan atau saluran yang tersumbat di bahagian scrotum.
Apakah rawatan untuk spermatocele?
Sekiranya saiznya adalah besar dan sakit yang keterlaluan, pembedahan untuk membuang spermatocele perlu dibuat. Jika tidak mendatangkan kesakitan dan saiznya kecil, tak perlu buat sebarang rawatan.
Jangan Pandang Remeh Dengan Benjolan Pada Testis
Bagi kaum lelaki, rajinkanlah diri untuk periksa keadaan testis. Pemeriksaan ni penting untuk tau samada kanser atau tidak. Kalau ovarian cyst cukup sinonim dengan kaum perempuan, spermatocele/epididymal cyst adalah cukup sinonim dengan lelaki.
Semoga perkongsian ni memberi manfaat untuk lelaki di luar sana….
Leave a Reply