Tempat menarik di Bandung ni ada bermacam jenis. Tapi banyak tempat yang tak kena dengan jiwa pakcu. Biasa la, lain orang lain citarasa. Biasanya bila pakcu travel, mesti nak cari alam semulajadi yang unik dan cuma ada kat situ je.
Untuk hari kedua, aktiviti dah bermula awal pagi iaitu keluar pegi sarapan sebab dah lapar..hehe. Macam biasa, dari hotel tu jalan kaki pergi ke Cihampelas Walk.
Ada la 2-3 kedai makan yang dah buka. So, kami sarapan di Dapur Cihampelas. Menu kat sini agak banyak dan harganya pun berpatutan.
Sambil makan, kawan pakcu tu cari motor sewa. Dia deal dengan tuan motor tu hantar ke hotel kami. Ada la extra caj sikit. Tapi tak kisah la sebab kalau nak ambil sendiri pun kena pergi tempat dia di stesen bandung.
Disebabkan kami tak guna khidmat agen, motorsikal adalah sangat penting bagi memudahkan pergerakan untuk ke tempat menarik di Bandung.
Selepas sarapan, kami jalan jalan di sekitar hotel tempat kami menginap tu. Di sepanjang jalan tu ada pasar pagi yang jual barang keperluan harian.
Tujuan utama sebenarnya nak cari simcard. Ni pun penting sebab kami nak explore Bandung naik motorsikal. Kena ada bantuan internet untuk guna google maps.
Tempat Menarik di Bandung
Disebabkan tak buat itienari dari awal, akhirnya kami buat keputusan untuk pergi ke tempat berikut.
Tangkuban Perahu
Tepat jam 11am, kami bergerak menuju ke Tangkuban Perahu. Malang sekali sebab tempat ni ditutup sebab ada gegaran kecil. Kami cuma boleh masuk ke pusat kawalan sahaja. Tangkuban Perahu ada kisahnya tersendiri. Boleh rujuk DI SINI
Sewaktu kami ke sini, ada orang yang follow. Rupanya dia adalah guide untuk naik ke Tangkuban Perabu. Tapi disebabkan tempat tu tutup, mereka akan follow pengunjung yang datang.
Selepas tu guide tadi offer kami untuk ke ladang teh bersebelahan. Ada lagi 1 group dari Singapore. Pakcu dah terfikir sesuatu. Bukan main bersemangat dia follow kami siap tolong ambilkan gambar. Rupanya memang ada udang di sebalik batu.
Pakcu cuma berdua je dgn kwn.. tapi guide yang follow tu ada 4 orang. Biasanya pengunjung yang ramai dari guide. Ni dah terbalik pulak. Kemudian dia jual gelang dan rantai. Katanya dibuat dari batu gunung berapi tu. Siap merayu paksa kami beli. Dia kata susah cari makan sejak tempat tu tutup. Dan akhirnya melayang juga IDR150K😒.Kesimpulannya, bila tempat ni tutup, terus je la balik.
Floating Market
Jam 1.30pm kami bertolak ke Floating Market di bawah terik panas mentari. Tapi panasnya tidaklah sepanas hati kami yang dah kena scam tadi. Malas nak fikir sangat. Anggap je la rezeki guide tu.
Masuk floating market ni kena bayar fee IDR20K seorang. Waktu kami masuk tu, takdela ramai sangat orang. Agak tenang la juga. Mungkin sebab bukan waktu puncak. Floating market ni boleh dianggap tempat menarik di Bandung untuk disinggah.
Waktu di sini, pakcu tak beli apa pun. Setakat tengok dan jalan2 je. Kalau tak silap, kat sini tak terima tunai. Kena beli guna token di kaunter.
Kat sini bukan setakat ada floating market yang jual makanan tapi ada beberapa tarikan lain untuk dilawati. Dah macam masuk taman tema pulak.
Toko Tiga
Tempat ni memang tidak asing lagi untuk beli pakaian. Boleh dianggap tempat menarik di Bandung untuk kaki shopping. Kalau nak beli seluar jean levis, memang banyak pilihan di sini. Pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, dewasa semuanya ada.
Selepas membeli belah di Toko Tiga, kami terus balik ke bilik untuk berehat. Sebelah malam kami cuma berjalan-jalan di Cihampelas Walk. Sempat juga masuk ke Cihampelas Mall. Agak menarik rekaan mall ni. Boleh dianggap mall yang terbesar di Bandung.
ARTIKEL BERKAITAN:
Leave a Reply