• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

CVT Menyala – Apa Punca dan Sebabnya?

July 3, 2020 by Pakcufiq 31 Comments

Lampu CVT menyala ni memang boleh mendatangkan kerungsingan kepada pemilik kereta. Penggunaan gearbox CVT ni sebenarnya bagus daripada gearbox biasa tetapi ada juga masalah yang sering berlaku.

Pakcu guna gearbox cvt ni sejak tahun 2012. Waktu tu CVT ni macam agak baru juga terutama kalau kereta proton. Kalau ada masalah berkaitan CVT, memang kena pergi Service Centre Poroton sebab kebanyakan bengkel tak boleh nak repair.

Lampu CVT menyala ataupun CVT indicator di dashbord yang dah berwarna merah bermaksud ada masalah pada gearbox. Sepanjang 8 tahun pakcu guna CVT, sebanyak 4 kali CVT indicator ni menyala.

cvt menyala
Lampu amaran CVT

Lampu CVT Menyala – Apa Puncanya?

Ini adalah pengalaman pakcu sendiri yang pernah mengalami masalah CVT menyala. Secara ringkasnya ada 2 masalah yang pernah terjadi pada kereta pakcu:

  • Brakebulb yang terbakar menyebabkan CVT indicator menyala
  • Masalah sensor

Di bawah ni pakcu ceritakan secara detail. Cuma kejadian yang pertama tu je tak pasti apa punca masalahnya.

Kejadian Pertama

Dalam tempoh kurang setahun lepas beli kereta, CVT kerap menyala walaupun buat servis di SC mengikut jadual. Pada mulanya CVT menyala bila tarik handbrake. Kemudian hantar ke SC untuk check apa punca malah. 2 kali juga pergi ke SC tapi SC kata takde apa-apa masalah pun berdasarkan diagnos guna komputer.

Lepas balik dari SC tu memang masalah tak selesai lagi. Waktu di SC, hanya guna komputer sahaja untuk check dan technician di situ tak cuba drive pun. Kemuncak masalahnya bila berhenti di traffic light, gear langsung tak function dan terus jammed. Cuba hidupkan semula enjin baru boleh guna.

Untuk kali ketiganya pergi ke SC, kereta terpaksa ditinggalkan selama 4 hari. Selepas tu barulah kembali normal dan tiada masalah lagi. Nasib baik masih dalam warranty lagi. Jadi, tak perlu keluarkan kos untuk repair. Tapi pakcu pun tak pasti apa punca masalah sebenarnya. Yang penting dah boleh guna macam biasa.

Kejadian Kedua

Kalau tak silap, 3 tahun kemudian ada lagi masalah CVT menyala ni. Memang fobia bila tengok CVT menyala apatah lagi bila teringat waktu kejadian pertama dulu. Kali ni cuba pergi ke bengkel biasa, tapi kalau berkaitan CVT ni banyak bengkel tak boleh nak check dan takde alat pun untuk check masalah tu.

Sekali lagi pergi ke SC dan kali ini punca masalah adalah simple iaitu lampu brek / brake bulb yang dah terbakar. Bila diganti dengan yang baru, masalah CVT menyala pun dah takde. Tak pasti apa kaitan bulb tu dengan CVT.

Kejadian Ketiga

Kejadian ketiga ni sama macam kejadian kedua iaitu menyala disebabkan brake bulb. Tapi kali ni bengkel biasa pun dah pandai sikit berkaitan CVT ni. Waktu beritahu masalah ni, pekerja bengkel tu terus tekan brek. Bila tengok lampu brek tak menyala, dia suruh tukar yang baru. Masalah CVT pun selesai dengan hanya tukar brake bulb tu.

Kejadian Keempat

Setelah 8 tahun, masalah CVT ni terus menghantui pakcu. Tapi kali ni agak rumit sebab lampu brek semua berfungsi macam biasa tak seperti kejadian sebelum ni. Minyak CVT pun pakcu tukar ikut jadual. Kemuncak masalah bila waktu drive, gear D tetiba bertukar jadi N. Bila dah N tu memang tak boleh gerak la.

Keesokannya pakcu pergi ke bengkel berdekatan rumah untuk check. Mujurlah bengkel tu ada alat untuk check. Bila check, masalah kali ni ialah Drive Mode Sensor Single Line Error. Kos untuk repair pun agak mahal iaitu RM800. Tapi dia nak sedapkan hati pakcu, dia kata kos tu untuk repair complete sekali tukar dengan CVT oil dan benda lain lagi.

Pakcu pun malas nak berkira sangat dan tak expert pasal benda ni. Pasrah je lah asalkan kereta boleh guna macam biasa sebab kereta ni pun dah jadi keperluan. Nak repair pun setengah hari baru siap. Pakcu tinggal je kat bengkel tu. Terpulanglah apa dia nak buat. Sambil berharap bengkel tu jujurlah dengan pakcu.

Jadikan kejadian lepas sebagai panduan masa hadapan

Disebabkan dah banyak kejadian menimpa pakcu sejak menjadi pengguna CVT ni, sedikit sebanyak ilmu pasal CVT ni makin bertambah. Kereta pun dah makin berusia, harap-harap lepas ni takde lagi la kejadian yang tak diingini.

Pakcu pun ada baca beberapa blog pasal kereta ni contohnya careta.my. Banyak juga info berguna yang boleh dapat.

Related posts:

Cara Dapatkan Geran Kereta Di Bank
Cara Renew Lesen Memandu Kenderaan
Cara Renew SSM Certificate Secara Online

Filed Under: TIPS

Reader Interactions

Comments

  1. SABarina laila binti ayub says

    October 21, 2021 at 11:55 pm

    Assalamualaikum, saya pun mengalami masalah yang sama untuk kali kedua selepas 10 tahun guna saga blm ni, ahad ni insyaAllah 24 hb okt, saya nak ambil anak kat felda sg tengi, hulu selangor, boleh ke tanpa pergi repair dahulu, sy duduk berhampiran kuala Selangor

    Reply
    • Pakcufiq says

      October 27, 2021 at 1:31 pm

      Wa’salam.. sorry lambat reply.
      Kalau cvt tu menyala kadang2 enjin kereta jadi meraung. Ibarat mcm tekan padle minyak wktu free gear.
      Untuk pergi tmpt dekat tu ok lagi.
      Seleoknya jgn biar lama

      Reply
      • Zubir says

        August 31, 2022 at 7:22 pm

        Apa solusinya sbb apa

        Reply
  2. Umi says

    January 3, 2022 at 9:34 am

    Sy pakai iriz 2015 … Skrng selalu keluar ESC+ LAMPU CVT dan handbrake skli… Bila check mereka ckp, mungkin gearbox bermasalah… Mahal nk repair😔

    Reply
    • Pakcufiq says

      January 4, 2022 at 11:55 am

      Kalau gearbox memang mahal.
      Pakcu pun dulu ada juga bengkel yg kata sebab masalah gearbox.
      Tapi bila check semula cuma problem sensor & ada brake bulb yg dah terbakar.

      Reply
      • Amirul says

        January 16, 2022 at 12:55 pm

        Pakcu klo lampu reverse tidak menyala adakah penyebab lampu gearbox menyala..dan adakah sensor jugak puncanya

        Reply
        • Pakcufiq says

          January 18, 2022 at 6:36 pm

          Berkemungkinan juga.
          tapi tak semestinya sensor.
          Kalau punca memang dari lampu, lepas tukar tu nanti patutnya dah okay.
          Untuk tau masalah sensor, memang kena check guna sistem tu..

          Reply
          • azif says

            May 5, 2023 at 10:10 pm

            assalamualaikum saya saga blm cvt , lampu cvt menyala berkelip ,dan tidak boleh start ,bila start takda crank ,kosong saja

          • Mohd Nasir says

            October 16, 2023 at 5:14 am

            Cvt sy pun kena sama juga…tp lampu brake semua ok..givsc masuk komputer dia klua report ..ecu rosak x detec enjin..ecu rm800 tu

    • mustaqim says

      August 29, 2022 at 3:54 pm

      salam. dah repair ke? berapa kena. boleh tahu tak masalah apa

      Reply
    • Ila says

      October 20, 2023 at 9:44 am

      Salam, Cik Umi. Saya punya iriz pun 2015 dan sekarang tengah alami masalah sama macam kereta awak dan SC pun beritahu mungkin gearbox masalah. Boleh tahu, awak punya kereta dah ok ke sekarang? Boleh share tak apa masalahnya? Betul ke gearbox? Tq

      Reply
  3. Nabilla says

    January 16, 2022 at 10:48 pm

    Saya baru jek jadi hari ini bila mati kan enjin dia ilng lps t ada blik tp lama juga lah dia nak nyala lambang itu..esk nak g servis agak2 boleh jalan tak

    Reply
    • Pakcufiq says

      January 18, 2022 at 6:37 pm

      lebih kurang macam kereta pakcu juga la.
      Boleh je jalan kalau bukan masalah sensor.
      Kalau masalah sensor kdg2 gear tu boleh bertukar jadi N waktu tengah drive.

      Reply
    • Syamin says

      August 23, 2022 at 1:12 am

      Salam bang, saya baru je jadi tadi dekat flx, lampu ctv menyala dan masuk gear R tiba2 meraung, and susah untuk undur, apa masalahnya ya ? atau gearbox problem juga menyebabkan lampu ctv tu menyala ?

      Reply
      • Pakcufiq says

        August 31, 2022 at 9:19 pm

        Kena check kadang2 sensor problem

        Reply
  4. hasanah says

    February 14, 2022 at 8:19 am

    hari ni dah hari kelima kereta saya kuar lampu amaran cvt, bila sensor tu menyala saya nak ke R kereta tak nak bergerak, macam tu juga bila saya tukar ke D. masalah ni berlaku bila saya nyalakan lampu kereta dan dapat kesan masalah ni. Apa puncanya ya… risau sangat

    Reply
    • Pakcufiq says

      February 15, 2022 at 9:25 am

      Kena check CVT sistem tu.
      Mungkin ada masalah sensor.

      Reply
    • Najib says

      February 13, 2023 at 7:06 pm

      Salam kak..lepastu kak check mcm mne..kereta sy sme lah cm tu

      Reply
  5. Syiha says

    April 18, 2022 at 2:14 am

    Assalamualaikum…kereta sy baru jaa terjadi mcm nie… Pastu bila berhenti matikan enjin…kemudian start balik dh hilang simbol tu…adakah kereta sy baik² sja?? Kdg² rsa mcm rsau jgk kalau² simbol tu muncul menghantui lg…🤭

    Reply
    • Pakcufiq says

      April 26, 2022 at 11:30 pm

      wa’salam.. biasanya kalau dah sekali muncul tu mesti akan menghantui lagi sebab ada something wrong la tu.
      cuba check brek bulb kalau ada yg terbakar.. kalau bulb semua okay kena pergi bengkel juga utk check system cvt tu.

      Reply
  6. Syaz says

    May 30, 2022 at 12:45 pm

    Kawan saya pakai proton nie jugak simbol tu masih kluar lps dia dh betulkn semua tu knp ye boleh jadi mcm tu

    Reply
    • Pakcufiq says

      June 4, 2022 at 10:54 pm

      kena check detail lagi la tu.. cvt oil, filter, etc.
      sebab tak pernah lagi jadi mcm tu kalau dah repair semua.
      Setakat ni punca dari brake bulb & sensor je.

      Reply
  7. Amy says

    November 7, 2022 at 1:15 pm

    Assalam..semalam otw nak balik kl..atas highway 140km/h tengah drive tiba2 lampu gear box menyala .saya terus slow kan kereta dalam 80km/h..lebih kurang 5 minit macam tu..lampu gearbox pon hilang..kenapa ye?

    Reply
    • Pakcufiq says

      November 8, 2022 at 9:23 pm

      wa’salam. gearbox jenis apa? sebab banyak sebab juga jadi macam tu.
      kena hantar bengkel tu. bahaya juga kalau gearbox problem.
      ikutkan pengalaman gearbox cvt ni sebab masalah sensor & brakebulb terbakar.

      Reply
  8. Nabil says

    November 17, 2022 at 7:23 am

    saya baru jadi semalam keluar lampu cvt pastu kat gear N die mcm kita tekan minyak padahal tak tekan minyak pon. die mcm meraung kuat. Apa perlu saya buat eh??😞

    Reply
    • Pakcufiq says

      November 27, 2022 at 9:35 pm

      cuba check brake bulb & cvt sensor..

      Reply
  9. proton ipoh says

    January 3, 2023 at 12:45 am

    pernah terjadi pada saya. pomen minta 4k utk oberhal. termenung la jugak. akhirnya ada la juga hamba allah ni, bgtahu tukar bearing luar je bahagia dlm gearbox. saya pun bukan tahu sgt. kos 800. sampai skrg ok dah

    Reply
    • Pakcufiq says

      January 26, 2023 at 9:25 pm

      betul.
      kadang2 ada bengkel yg terus buat andaian major problem.
      kena survey 2-3 bengkel juga

      Reply
  10. Muhammad Zakhir says

    January 24, 2023 at 2:25 pm

    Assalam Pakcu Nak tanya? Contoh Kenderaan Sya dia naik Simbol Cvt Bila kita nak start Enjin Adakah Gearbox Dah problem??

    Reply
    • Pakcufiq says

      January 26, 2023 at 9:27 pm

      wa’salam,

      kena diagnos dulu samada sebab sensor ataupun ada punca lain.
      pengalaman pakcu dah 10thn guna saga cvt ni belum tukar gearbox lagi.
      semua minor problem setakat ni.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 · pakcufiq.com