Jakarta adalah destinasi seterusnya dan aktiviti malam di Jakarta perlu dimanfaatkan sebaiknya. Sebabnya kami cuba ada 1 malam sahaja di Jakarta.
Cari Kedai Ole-Ole Di Bandung Sebelum Bertolak Pulang
Sebelum meninggalkan Bandung, kami mencari kedai ole-ole di sekitar Bandung. Disebabkan kami masi belum pulangkan motorsikal sewa tu, boleh la ronda-mencari kedai ole-ole. Ini antara kedai yang pakcu jumpa:
Oleh-Oleh Khas Bandung (MAYASARI)
Lokasi kedai ni adalah di hadapan stesen Bandung. Kalau naik train, memang mudah nak singgah ke sini. Kedainya pun agak besar.
Kartika Sari
Pakcu cuma lalu je kedai ni dan tak singgah pun. Kartika Sari ni boleh dianggap kedai ole-ole popular di Bandung
Train Dari Bandung ke Jakarta
Kami dapat train dari Bandung ke Jakarta jam 11.30am. Mujur sempat beli guna Traveloka sebab seat dah banyak habis. Kebetulan pula waktu beli tu cuma ada 2 seat je. Cukuplah untuk pakcu dan kawan tu. Seat pula berdekatan.
Seperti biasa sepanjang perjalanan memang asyik tengok pemandangan di sepanjang landasan train. Tapi susah juga nak dapat hasil gambar yang cantik bila train tengah bergerak. Ni antara pemandangan sewaktu dalam train untuk ke Jakarta.
Waktu dalam train ni jangan risau kalau terasa lapar. Sebab ada cafe untuk beli makan. Kalau taknak pergi cafe nanti ada juga makanan akan lalu. Sama macam dalam flight.
Aktiviti Malam di Jakarta
Pakcu pun tercari-cari juga kemana nak pergi di sekitar Jakarta ni. Akhirnya, ini sahaja tempat yang kami singgah bagi memanfaatkan waktu malam di sini.
Thamrin City
Thmarin City ni merupakan pusat beli belah dan konsepnya seolah-olah seperti bazar. Waktu sampai di sini jam 8pm, banyak kedai yang dah nak tutup. Tak sempat nak explore.
Grand Indonesia Mall
Saiz mall ni tersangatlah besar. Jenuh juga nak explore segenap ruang mall ni. Rasanya mall ni untuk orang yang kaya je kot. Sebab kedai-kedai yang ada pun kebanyakan berjenama mahal. Pengunjung yang datang pun macam high class je.
Setelah 2 mall kami terjah, dah rasa macam bosan. Maklumlah bukan kaki shopping. Lagipun di Grand Jakarta ni harga barang agak mahal. Kami pun gigih mencari lokasi seterusnya. Akhirnya buat keputusan untuk ke Tugu Monas.
Dari Grand Jakarta Mall tu kami naik Grab. Mula-mula book grab tu lama sangat menunggu. Dah lebih 30 minit nampak macam tak bergerak je. Last skali kami kami cancel dan order yang baru. Mujur lah yang ni cepat juga sampai.
Tugu Monas
Ini antara tempat popular bagi penduduk di sini. Sewaktu menghampiri Tugu Monas ni, jalan dah mula sesak. Ramai pulak yang menghala ke sini. Masuk ke sini pun dah jam 9 lebih.
Memang tersangat lah ramai orang yang datang. Macam lautan manusia pulak. Mungkin juga faktor malam minggu. Tempat ni tutup jam 10pm tapi 9.30pm, pengunjung dah tak boleh masuk. Kami pun tak dapat la masuk ke dalam. Hrrmm…sedih.
Bagi mengubat kedukaan sebab tak boleh masuk, kami makan la dulu di gerai yang ada kat sini. Harganya pun murah juga.
Maka berakhirlah aktiviti malam di Jakarta. Badan pun dah letih, mata pun dah ngantuk. Kami terus balik ke hotel. Cuma Jalan Kaki je dengan berpandukan google maps.
ARTIKEL BERKAITAN:
AffiliateLabz says
Great content! Super high-quality! Keep it up! 🙂