Kawah Putih menjadi destinasi seterusnya untuk Trip Bandung. Yang pasti, ini adalah antara tempat yang mencabar untuk sampai kalau naik motor. Kalau dari Pekan Bandung tu agak jauh juga iaitu Lebih 50km bersamaan 2jam lebih.
Perjalanan Yang Mencabar
Kami target nak sampai Kawah Putih sebelum tengah hari. Awal pagi lagi dah bersiap dan kami bertolak dari Hotel jam 8am. Di Indonesia, motorsikal tak boleh masuk highway.
Untuk mudahkan perjalanan, kami guna google maps dan pilih laluan motorsikal. Kalau guna waze tak tau macam mana nak setting untuk motorsikal.
Disebabkan tak boleh masuk highway, kami melalui jalan kampung & kawasan perumahan yang berliku dan sempit. Memang tak boleh bawa laju pun. Jalan pun banyak simpang. Sebab tu masa perjalanan lebih kurang 2 jam.
Suhu Yang Semakin Sejuk
Kawah Putih ni tempatnya di kawasan tanah tinggi. Bila dah semakin hampir, dah mula rasa kesejukan apatah lagi bila naik motor ni. Angin sejuk meresap sampai ke tulang. Mujur pakcu pakai baju lengan panjang.
Jam 10.30am sampai di kawasan masuk Kawah Putih ni. Sebelum naik tu kami makan la dulu sebab tak makan apa pun dari pagi. Kami makan di Rumah Makan Berkah Doa iaitu nasi goreng dan Teh O suam.
Terfikir harganya mahal sebab di Kawasan Tanah Tinggi dan kawasan tumpuan pelancong. Ternyata sangkaanku meleset sebab harga makanannya boleh dianggap murah. Harganya cuma IDR24K.
Selepas mengisi perut, kami pun masuk ke Kawah Putih. Kena beli tiket dan akan naik ke atas menggunakan kenderaan yang disediakan. Bayaran yang dikenakan ialah IDR95K termasuk transport dan face mask.
Pemandangan Menarik Kawah Putih
Dari bawah untuk naik ke atas lebih kurang 15minit dengan menaiki kenderaan. Setibanya di atas bau sulfur sudah mula menusuk hidung tapi tidaklah terlalu kuat. Sebab tu diberikan face mask untuk naik ke sini.
Nasib kami agak baik juga sebab orang tak terlalu ramai. Agak mudah untuk bergambar. Kat sini pun ada beberapa orang fotografer. Kalau nak guna khidmat fotografer boleh pilih pakej yang ditawarkan.
Sebelum pakcu sampai ke sini, memang dah google macam mana keadaan kawah ni. Nampak macam penuh airnya. Tapi bila tengok sendiri nampak macam dah makin cetek. Boleh nampak kesan air yang kering di permukaan kawah tu.
Walaupun keadaan kawah dah makin cetek, pakcu tetap menganggap ini adalah tempat menarik di Bandung yang agak unik. Tempat macam ni susah nak jumpa kat tempat lain.
Dah tengah hari baru kami turun untuk balik. Waktu kat parking tu ada makcik2 jual strawberry macam murah juga. Tapi kami tak beli pun. Waktu dalam perjalanan balik tu banyak pulak gerai jual strawberry. Tergugat iman tengok strawberry tu.
Kami singgah juga kat 1 kedai tepi jalan tu. Makcik yang jual tu kata segar lagi buahnya sebab baru petik. Tapi memang berbaloi la kalau nak beli strawberry kat sini sebab harga murah dan kualiti pun elok.
Aktiviti berakhir di Kawah Putih
3.30pm kami sampai di hotel. Memang agak kepenatan juga menempuh perjalanan yang berliku. Bau belerang kawah putih dah melekat kat badan dan pakaian. Terus pergi mandi nak kasi hilang bau.
Petang tu kami makan strawberry je terus rasa kekenyangan. Kebetulan kawan pakcu tu dah rasa pening-pening pulak. Waktu malam tu kami dah memang tak keluar pun. Pakcu pun malas la kalau nak keluar sorang-sorang.
Kesimpulannya aktiviti hari ni cuma ke Kawah Putih je. Jam 9pm bilik pun dah sunyi sepi masing-masing dah tidur.
Kalau nak tau lebih lanjut berkenaan sejarah Kawah Putih, boleh rujuk info di WIKIPEDIA.
ARTIKEL BERKAITAN:
Leave a Reply