Trip Pulau Perhentian Kecil ni antara trip yang menarik walaupun plan last minute. Trip ni pun dah lama iaitu tahun 2018 tapi malangnya ada banyak gambar pakcu tak dapat diselamatkan sebab masalah teknikal. Mujurlah ada juga sikit gambar untuk kenangan.
Trip Pulau Perhentian Kecil 3h2m Secara Walk-in
Trip Pulau Perhentian ni hanya dirancang 3 hari sebelum bertolak. Tak sempat nak survey. Cuma ada juga dapatkan info dari lain-lain blog. Untuk trip ni memang tak booking apa-apa pun kecuali tiket bas sebab banyak bas yang dah penuh.
Untuk lebih jimat, naik bas dari TBS terus ke Kuala Besut. Tapi kalau ramai, lagi jimat kalau naik kereta je. Pakcu ada juga survey tiket bot, tapi tak terus beli pun. Dah sampai sana baru beli.
Waktu Sesuai Untuk Ke Pulau Perhentian
Memandangkan Pulau Perhentian terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, waktu sesuai untuk datang ialah pada Mac-September. Elakkan datang pada waktu monsun iaitu hujung tahun dan awal tahun.
Itinerary Untuk Trip 3h2m
Disebabkan cuma ada 3h2m, pakcu perlu manfaatkan masa di pulau dengan sebaiknya. Trip ni ialah pada hujung minggu iaitu Sabtu-Isnin. Perjalanan bermula pada hari jumaat malam sebab target nak sampai Kuala Besut pada awal pagi Sabtu.
Jumaat
11pm- Bas bertolak dari TBS.
Sabtu (hari pertama di pulau)
6.30am- Tiba di Kuala Besut dan terus pergi ke Pejabat Seven Seas untuk beli tiket speedboat yang berharga RM60 (2 hala). Jarak dari Terminal Bas ke jeti hanya 850m.
7am- Sarapan di restoran sebelah Seven Seas.
8am- Bertolak ke pulau menaiki speedboat. Sebelum tu dah maklumkan waktu beli tiket nak turun di Long Beach. Kalau nak ke Pulau Perhentian ni kena tau destinasi mana nak dituju.
Pulau Perhentian ni ada 2 iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Kalau di Perhentian Kecil, lokasi utama adalah di Long Beach, Coral Bay dan Kampung Nelayan. Ada jeti untuk turunkan penumpang.
8.35am- Tiba di Long Beach dan terus mencari bilik di sepanjang pantai. Kebanyakan bilik memang dah penuh sebab time tu peak season. Kalau baru 1st time datang sini tak perlulah nak pakai kasut cantik-cantik. Sebab kena berjalan atas pasir pantai je nanti. Pakai selipar jepun je senang.
Menginap Di Aina Garden Chalet
9.15am- Dari Jeti berjalan sampai ke hujung dan akhirnya tiba di Aina Garden Chalet tapi kena tunggu reception untuk confirmkan bilik. Kalau takde juga bilik di sini memang dah plan nak cari bilik di Coral Bay atau bermalam di campsite je.
10.30am- Reception dah confirm ada bilik kosong.. Dapat bilik fan room untuk 2 orang berharga RM100/night tapi kena tunggu 1pm baru boleh check-in.
10.40am- Sementara nak tunggu check-in, pergi ke Coral Bay untuk tengok view kat sana. Kalau dari Aina Garden ni sangat mudah nak akses ke Coral Bay. Berjalan kaki lebih kurang 10-15 minit.
Cuma singboard untuk ke coral bay ni macam takde je. Ni pun pakcu tanya pekerja di Aina Garden tu. Mujurlah tak susah nak cari arah tuju ke coral bay. Lagipun tempat ni memang sentiasa ada orang lalu.
Sebelum sampai ke pantai, akan jumpa Ombak Resort terlebih dahulu. Lalu di celah-celah resort tu dan akan ada laluan untuk ke pantai.
Sampai di coral bay waktu air pasang memang terserlah kehijauan dan kejernihan air laut di sini. Kalau dibandingkan dengan long beach, air di coral bay ni lebih tenang macam air tasik. Cuma pantai di sini tidak sepanjang di long beach. Ada beberapa chalet dan restoran di sepanjang pantai.
Di sepanjang pantai penuh dengan sauh bot yang berlabuh. Kena hati hati bila berjalan. Nak mandi laut pun macam susah je kat sini. Cuma lepak2 dan bersantai tepi pantai je. Takde aktìviti lain nak buat.
11.30am- Balik semula ke long beach. Dalam perjalanan tu perut mula terasa lapar. Maka misi seterusnya ialah nak cari tempat makan. Sebenarnya di Aina Garden tu pun ada cafe tapi macam nak makan kat tempat lain.
Kalau di Long Beach ni memang tak perlu risau pasal makan sebab banyak je kedai makan. Tapi harganya faham-faham je la kan. Standard international.
Kedai Makan Murah Di Pulau Perhentian Kecil
Jalan-jalan di pantai, ternampak signboard Kak Yah Local Food. Laluan yang sama untuk ke Aina Garden. Kak Yah ni agak terlindung sikit kalau dari pantai tu. pakcu pun lunch di sini je.
Menu agak banyak dan harga pun murah juga berbanding tempat lain. Pakcu pun dah jangka harga sedemikian rupa. Tapi kalau tengok harga makanan tu takde la mahal sangat cuma harga minuman tu yang mahal.
Pakcu makan nasi goreng kampung dah teh o ais limau + air kosong=RM12. Rasa makanan pun okay.
Chalet Bajet Di Long Beach Pulau Perhentian Kecil
1pm- Check-in di Aina Garden. Rehat dan tidur sekejap sebab kepenatan. Waktu dalam bas pun bukannya boleh tidur sangat.
Pemandangan Di Kincir Angin Pulau Perhentian Yang Memukau
3.30pm- Aktiviti seterusnya ialah hiking ke windmill. Pendakian bermula dari longbeach campsite yang tak jauh dari Aina Garden. Waktu jalan tu lalu di Matahari Chalet tetapi hilang arah tuju sebab tak jumpa laluan pun. Kemudian tanya orang situ dan dia tunjuk arah laluan di bahagian belakang kawasan chalet tu.
Sebenarnya, kalau nak mudah boleh bermula dari Nyor 5 Glamping Long Beach.
Pakcu ni dah guna laluan semak samun yang jarang orang lalu. Waktu perjalanan tu ada lalu di kawasan chalet tapi tak ingat apa nama chalet tu. Sampai di sini hilang arah tuju lagi.
Terpaksa guna alternatif lain iaitu buka google maps dan ada arah laluan berdekatan pantai tapi tak nampk pula lorongnya. Pakcu cuba naik ke atas sikit kalaulah ada jumpa lorong.
Akhirnya terjumpa 1 lorong yang luas juga. Pakcu cuba ikut je lorong tu. Dalam perjalanan terserempak dengan sorang mat salleh. Kami hanya senyum je.
Mula-mula laluan tu luas dan lebar, makin lama makin kecil lorongnya. Menyelinap di sebalik pokok-pokok hutan. Memang terasa seperti di hutan tebal. Tapi laluan pejalan kaki masih jelas kelihatan.
Dah separuh perjalanan, terdengar suara orang ramai. Rupanya ada 1 group yang nak naik ke windmill juga. Tapi mereka bermula dari laluan berbeza.
Bila dah separuh perjalanan menuju puncak ni baru la jumpa orang ramai. Pakcu pun terfikir yang laluan kami guna tu mungkin orang tak lalu sangat pun sebab memang tersangat sunyi sepi.
Pemandangan Dari Kincir Angin
Lebih kurang 45 minit perjalanan akhirnya sampai juga di kincir angin. Sebenarnya ni kawasan larangan. Tapi tak pasti luas manakah kawasan yang dilarang tu sebab kawasan berpagar ni je yang ada signboard kawasan larangan.
Tempat ni juga memang dah jadi macam kawasan tumpuan utama para pelancong.
Pemandangan dari atas puncak memang sangat cantik.
Bila dah hilang penat, balik semula ke long beach. Waktu balik ikut laluan berbeza. Lagipun tak perasan laluan asal waktu naik tu. Bila turun ni laluan agak berbatu tapi jumpa ramai orang yang baru nak naik. Takdela sunyi sangat macam mula mula naik tu.
Dah sampai long beach, lepak tepi pantai sambil minum di kedai tepi laut tu. Lepas tu cari pakej snorkelling yang ada di pantai untuk hari kedua. Bayar deposit je RM10 dan bakinya bayar keesokan hari. Total pakej untuk longtrip RM50. Kebanyakan tempat memang jual harga pakej untuk longtrip RM50.
6.30pm- Aktiviti seterusnya ialah nak tengok sunset di Coral Bay walaupun tak sempat nak hilang penat lepas hiking ke windmill tu.
Sunset Di Coral Bay
6.45pm- Tiba di Coral Bay dan sunset dah mula kelihatan. Kalau nak dapat view terbaik, kena tengok dari jeti. Tapi sunset agak suram sebab terlindung dengan awan tebal. Hari makin gelap dan sunset makin lenyap.
Setelah puas menanti, maka buat keputusan untuk balik ke Long Beach. Terasa hampa sebab sunset yang muncul tak seperti diimpikan.
Hari pertama trip Pulau Perhentian ni dah banyak tenaga hilang tapi waktu malam tak terasa lapar pun. Malam tu cuma makan roti dan air kosong je. Stok makanan bawa dari KL.
Sepatutnya malam tu nak tengok fireshow tapi hujan agak lebat. Lama pulak tu. Bila dah 11pm pun hujan tak berenti, tidur je la aktivitinya sebab dah kepenatan banyak berjalan.
Artikel berkaitan untuk trip 3h2m Pulau Perhentian:
Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik – Hari Kedua
julie says
Plan nak pergi cuti deepavali ni.
Baca blog pakcu baru teringat pulau ni ada musim monsun tu.. huhu.