Sunrise di Pulau Perhentian ni memang tidak mengecewakan. Di hari ketiga iaitu hari terakhir pakcu di Pulau Perhentian, peluang untuk melihat sunrise tak boleh dilepaskan.
Pemandangan Pagi Yang Menakjubkan
Kalau Coral Bay adalah lokasi terbaik untuk melihat sunset, di Long Beach pula adalah lokasi terbaik untuk melihat sunrise. Pakcu sangat bernasib baik sebab cuaca pada waktu pagi hari ketiga memang agak baik dan berpeluang tengok sunrise yang cantik di sini.
Waktu bangun awal pagi tu, pakcu dah mula mengintai panorama dari bilik. Sebenarnya, dari bilik ni pun dah nampak sunrise cuma agak sedikit terlindung.
Seawal jam 6.45am pakcu dah pergi ke pantai. Ada lagi beberapa orang yang dah bersiap sedia menyaksikan keindahan ciptaan tuhan bersama kamera masing-masing bagi merakam detik terindah.
Pakcu cari port terbaik di pantai bertemankan desiran ombak, kicauan burung dan suhu sejuk awal pagi. Menyaksikan suatu keindahan alam yang memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Trip Pulau Perhentian Yang Memang Terbaik
Selesai tengok pemandangan pagi yang indah, terus balik ke bilik untuk berkemas sebab speedboat ke Kuala Besut jam 10am. Barang pun tak banyak, jadi tak lama pun masa nak berkemas tu.
9.30am- Check out dan terus menuju ke jeti untuk menunggu speedboat.
10am- Speedboat pun tiba untuk mengambil penumpang. Kali ni naik speedboat besar berbanding waktu datang tu
1040am- Tiba di jeti Kuala Besut dan terus berjalan menuju ke Terminal Bas. Kemudian, makan di cafe sebelah terminal sementara nak tunggu bas sebab bas pun lambat lagi. Dah tak tau nak kemana, so, lepak je la kat terminal bas ni.
1pm – Bas bertolak dari Kuala Besut menuju ke TBS menaiki bas Perdana. Kali ni laluan bas berbeza sebab lalu jalan Gua Musang.
10pm- Tiba di TBS setelah mengharungi perjalanan yang panjang. Lenguh badan duduk dalam bas lama-lama.
Berakhirlah trip Pulau Perhentian yang memang terbaik. Walaupun pergi last minute, tetapi semuanya berjalan lancar.
**Post ni dibuat pada musim pandemic Covid-19. Selepas berakhir pandemic ni, Pulau Perhentian akan jadi destinasi terawal untuk pakcu pergi**.
Artikel berkaitan untuk trip 3h2m Pulau Perhentian:
Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M – Hari Pertama
Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik – Hari Kedua
Leave a Reply