• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Nasi Lemak Sedap Petaling Jaya | Memang Terbaik

June 27, 2021 by Pakcufiq Leave a Comment

Nasi lemak sememangnya dicari-cari untuk sarapan pagi. Walaupun banyak gerai yang menjual nasi lemak, tak semua yang sedap dan sesuai dengan citarasa.

Nasi lemak yang sedap mestilah mempunyai rasa lemak dengan kombinasi sambal yang sedap. Mungkin ada sesetengah orang tak kisah kalau nasi tu tawar asalkan sambal sedap.

Bagi pakcu, nasi tu perlu ada rasa lemak barulah berselera nak makan. Lagipun pakcu ni kalau makan nasi lemak sambal tu letak sikit je. Lagi sedap kalau dibungkus dalam daun pisang sebab boleh menaikkan lagi aroma nasi tu.

Nasi Lemak Kukus Sedap Pak Din (Taman Sri Manja, PJ)

Di Taman Sri Manja ni ada 1 gerai nasi lemak sedap iaitu Nasi Lemak Pak Din. Pakcu memang biasa sangat lalu depan gerai ni. Tapi setiap kali lalu, mesti ramai orang dan kena beratur panjang.

nasi lemak sedap
Seperti biasa memang kena beratur. Tapi takdelah lama sangat antara 10-15 minit je kena tunggu.

Kalau nak beli kat sini memang kena datang awal iaitu sebelum 9am. Sebab pakcu pernah beli pada pukul 9.20am memang dah tinggal sikit lauk tu.

Nasi lemak Pak Din ni ialah nasi lemak kukus. Rasanya memang sedap sebab ada rasa lemak santan kelapa. Tekstur nasi nampak cantik iaitu tak keras dan tak lembik. Lauk-lauknya pun sedap. Dibungkus pula dalam daun pisang memang terasa nikmatnya.

nasi lemak sedap
Nasi lemak kukus dengan kombinasi ayam goreng berempah memang boleh menggoncang nafsu makan

Pelbagai Jenis Lauk

Apa yang lebih menarik ialah di gerai Nasi Lemak Pak Din ni menyediakan pelbagai jenis lauk. Kalau datang beli hari-hari pun tak jemu sebab boleh tukar lauk. Antaranya ialah:

  • Sambal ikan bilis + petai
  • Ayam masak merah
  • Sambal udang
  • Sambal kerang
  • Sosej
  • Ayam goreng berempah
  • Telur goreng
  • Ayam goreng kunyit
  • Daging goreng kunyit
  • Sambal Telur Puyuh
nasi lemak sedap
Antara lauk-lauk yang disediakan

Selain nasi lemak, ada juga pilihan lain iaitu bihun goreng dan koay teow goreng.

Ini pun antara menu kegemaran pakcu. Koay teow dan ayam goreng kunyit.

Lokasi Nasi Lemak Pak Din

Kalau nak cari lokasi Nasi Lemak Pak Din, boleh search “KFC Taman Sri Manja Square 2” di aplikasi Waze sebab pakcu tak jumpa dalam Waze nama gerai ni. Tapi jangan risau, kalau dah jumpa KFC ni memang akan jumpa la gerai nasi lemak ni sebab lokasinya cuma di hadapan KFC tu.

Google Map – KLIK DI SINI

Waktu operasinya hanya sebelah pagi sahaja.

Kalau yang datang naik kereta tu tak perlu risau pasal parking sebab lokasinya di kawasan shop lot dan pasaraya Giant. Waktu pagi memang mudah nak dapat parking.

Related posts:

Nasi Kukus Sedap Di Klang Valley - D'Naim

Filed Under: Citarasa Melayu

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 ยท pakcufiq.com