• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Makanan Thai Di Aroii Thai Yang Pelbagai Pilihan

April 6, 2020 by Pakcufiq Leave a Comment

Makanan Thai antara makanan kegemaran pakcu. Bukan setakat pakcu je yang suka, mungkin ramai lagi orang Malaysia yang suka. Makanan Thai memang dah cukup sinonim dengan rakyat Malaysia.

Kat Malaysia ni pun memang cukup banyak kedai tomyam. Ada juga tukang masak yang memang dari siam. Tapi orang Malaysia pun dah ramai yang pandai masak makanan dari Thai ni.

Tomyam adalah menu dari Thailand yang cukup popular. Pakcu pernah makan Tomyam di Hatyai, Phuket dan Satun. Memang tomyam di Thailand ni agak pedas dan kuahnya pekat. Kalau tak tahan pedas boleh sakit perut.

Selain tomyam, banyak lagi makanan popular thai yang kita boleh dapat dengan mudah di Malaysia. Sebagai contoh adalah restoran Aroii Thai ni.

Pakcu selalu makan di Aroii Thai KL Gateway sebab dekat dengan pakcu. Nak datang sini pun mudah kalau naik LRT sebab bersebelahan dengan LRT Universiti. Laluan LRT yang sama kalau nak makan di DubuYo NU Sentral seperti post pakcu sebelum ni.

Menu Makanan Thai Di Aroii Thai

Konsep makanan di Aroii Thai ni dihidangkan dalam mangkuk kecil. Kalau nak makan, boleh pilih beberapa jenis menu. Kalau semangkuk tu memang tak kenyang la.

makanan thai
Aroii Thai KL Gateway Mall di Tingkat 1
Makanan Thai
Suasana dalam restoran. Orang tak ramai sebab baru buka. Pakcu datang pun untuk sarapan.
makanan thai
Inilah saiz mangkuk makanan tu. Kecil je saiznya. Kalau susun mangkuk tu atas meja nampak meriah.
makanan thai
Pulut mangga
makanan thai
Ayam pandan. Ini antara menu pilihan pakcu.
fishball
Nasi goreng
Kopi panas
Penambah perisa

Harga Menu Di Aroii Thai

Disebabkan saiz mangkuk tu pun kecil, harganya agak munasabah. Waktu pakcu makan ni harga semangkuk RM2.09 termasuk tax. Ini harga lama sebab ada kawan pakcu kata harganya dah naik melebihi RM2.50.

Lokasi Aroii Thai

Pakcu tak jumpa portal rasmi Aroii Thai ni untuk dapatkan senarai lokasi. Boleh search sahaja di goole atau Facebook. Ini FB page Aroii Thai KL Gateway https://www.facebook.com/AroiiGateway/

Filed Under: Citarasa Thai

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 ยท pakcufiq.com