Snorkelling trip di Pulau Perhentian adalah aktiviti utama pakcu datang ke sini dan menjadi aktviti untuk hari kedua. Kalau dah masuk pulau, snorkelling dah menjadi kemestian. Pakcu pilih hari kedua sebab ada banyak masa untuk pakej long trip yang bermula dari pagi sampai petang.
Disebabkan waktu snorkelling jam 11am, dari awal pagi cuma lepak di bilik sambil sarapan roti & nescafe. Lagipun awal pagi tu hujan. Mujur bilik ni menghadap laut. Takde la bosan kalau lepak kat bilik.
10.45am – Berkumpul di kaunter dan bayar lagi RM40 untuk cukupkan RM50 bagi pakej long trip ni. Kat sini boleh ambil terus snorkelling set sebelum naik bot.
Snorkelling Trip Di Pulau Perhentian
Untuk pakej long trip ni akan pergi ke 6 tempat bermula jam 11am hingga 4pm. Untuk trip ni ada 11 orang. Yang paling ramai adalah traveller dari Italy. Ada 5 orang termasuk solo traveller. Ada juga solo traveller dari Morocco.
Pakcu banyak bersembang dengan solo traveller dari Morocco sebab accent dia mudah nak faham dan agak peramah juga. Lagipun dia puji pakcu nampak muda dari usia. Hehehe. Solo traveller dari Italy tu dah pergi 72 negara. Dia speaking accent Italy macam payah juga nak faham.
Berikut merupakan lokasi yang disinggah sepanjang aktiviti snorkelling ni.
1. Turtle Point
Lokasi pertama snorkelling trip ni ialah di Turtle Point. Waktu mula turun ke dalam air tak jumpa pun penyu. Boatman pun ubah lokasi bot untuk cari penyu. Akhirnya jumpa juga penyu kat sini.
Air agak dalam dan perlu berenang ke dalam sikit kalau nak tengok penyu tu dalam jarak dekat. Air laut agak berarus kat sini. Penat juga nak berenang dengan penyu. Tak lama pun kat sini. Lebih kurang 30 minit.
2. Shark Point
Lokasi kedua adalah di shark point. Sebelum turun, boatman dah cakap kalau nasib baik dapat la jumpa shark sebab ada waktunya shark ni tak muncul.
Cari punya cari memang tak jumpa pun shark. Memang nasib tak baik. Tapi coral kat sini pun banyak juga. Takdela bosan sangat waktu menyelam tu.
Dah puas mencari shark yang taknak muncul, pakcu naik semula ke bot. Menyelam dengan harapan, naik dengan kekecewaan sebab tak dapat jumpa shark.
3. Fish Point
Fish point ni tak jauh dari shark point tadi. Ikan-ikan banyak kat sini. Coral pun banyak dan cantik. Air kat sini agak tenang. Senang sikit nak berenang.
4. Kampung Nelayan Pulau Perhentian
Kampung Nelayan merupakan kampung yang paling banyak kemudahan. Di sini ada sekolah, masjid, klinik dan lain-lain. Kat sini boleh dikatakan penempatan penduduk Pulau Perhentian Kecil. Kalau di long beach dan coral bay, hanya banyak resort dan chalet sahaja.
Singgah kat sini untuk lunch. Makan kat sini tak termasuk dalam pakej. Kena bayar sendiri. Harga makanan kat sini murah sikit dari Long Beach. Pakcu makan nasi+ikan+sayur+teh O ais RM8 je.
5. Blue Lagoon
Ini antara tempat yang paling cantik untuk snorkelling trip di Pulau Perhentian. Kawasan coral di Blue Lagoon ni memang agak luas dan air pun tak dalam. Nampak jelas coral kat sini.
Kami diturunkan di sini dan perlu berenang ke pantai iaitu Turtle Beach degan jarak lebih kurang 150m. Kalau taknak berenang pun takpe. Boleh naik bot untuk turun ke pantai. Mujur air tenang. Mudah sikit untuk berenang.
6. Turtle Beach
Kami akan berenang hingga sampai ke sini. Pantainya memang cantik, putih dan pasirnya halus mulus. Kebetulan juga laut agak tenang dengan air yang jernih kehijauan. Takde pun turtle kat sini. Cuma mat salleh je yang ramai terdampar kat pantai.
Ini adalah lokasi terakhir untuk snorkelling trip di Pulau Perhentian. Secara keseluruhan, Snorkelling trip di Pulau Perhentian ni memang terbaik. Jam 4pm kami tiba di Long Beach dan pakcu pun terus menuju ke bilik.
Sunset Menarik Di Coral Bay Pulau Perhentian
Coral Bay ni memang lokasi menarik untuk melihat sunset di Pulau Perhentian. Disebabkan hari pertama agak kecewa sunset taknak munculkan diri, pakcu datang lagi ke Coral Bay pada hari kedua.
Gigih betul semata-mata nak tengok sunset. Pergi pulau mestilah nak tengok view macam ni kan.
Untuk hari kedua ni sunset agak cantik berbanding hari pertama. Cuaca pun baik. Memang tak sia-sia datang lagi ke sini. Lepas tengok sunset tu perut pun lapar dan dinner di Kak Yah Local Food untuk kali kedua.
Fireshow di Long Beach Pulau Perhentian
Long Beach ni memang tempat yang meriah pada waktu malam kalau di Pulau Perhentian Kecil. Cuaca hari kedua pun baik dan dapatlah tengok fireshow. Setiap hari ada fireshow ni secara percuma. Waktu kemuncak selepas jam 10pm.
Lepas habis fireshow tu ada lagi party dah macam night club pulak. Mat saleh je yang ramai layan. Fireshow dah habis terus balik ke bilik untuk tidur sebab dah kepenatan sangat.
Artikel berkaitan untuk trip 3h2m Pulau Perhentian:
Leave a Reply