Teluk Kemang Port Dickson menjadi lokasi pakcu untuk bersantai selepas dah lama tak bercuti. Ini pun sebenarnya plan last minit juga. Plan asal sepatutnya ke Kedah. Pakcu jadi bersemangat nak pergi makan angin bila masalah kereta pakcu dah selesai seperti post sebelum ni Punca Kereta Berdengung Dan Jadi Berat.
Waktu nak bertolak ke Kedah tu tetiba kerajaan umum PKPD untuk kawasan Kota Setar sebab Kluster Covid19 naik mendadak. Terpaksa lah cancel dan cari lokasi lain. Sebab dah last minit, pakcu cari lokasi yang dekat je iaitu Melaka dan Port Dickson.
Bila nak book hotel tu kebanyakannya semua dah penuh. Plan asalnya untuk bermalam di Melaka dan singgah di Port Dickson tapi terpaksa tukar lagi plan sebab susah sangat nak dapat bilik. Kesimpulannya, pakcu bermalam di sekitar Teluk Kemang je.
Kalau dari KL ke Port Dickson ni lebih kurang 1jam je memandu dan boleh pergi balik hari. Tapi sebab pakcu malas nak rushing, so pakcu stay 1 malam di Teluk Kemang. Waktu hujung minggu memang susah juga nak dapat bilik yang selesa dengan harga mampu milik apatah lagi kalau last minit.
Bermalam Di TSR Seafront Hotel
Pakcu pilih hotel di sekitar Teluk Kemang ni sebab senang untuk bersantai tepi pantai dan senang juga nak cari makan. Harga yang pakcu dapat untuk 1 malam ialah RM187 iaitu harga di booking.com. Dah last minit memang susah nak dapat bilik.
Yang pakcu tak berapa nak gemar dengan hotel ni sebab masalah parking sangat terhad. Kalau weekend tu bersusun kereta tepi jalan. Mujurlah pakcu dapat menyelit juga untuk park tak jauh dari hotel.
Kalau ikutkan waktu check-in sebenarnya pukul 3pm tapi pakcu sampai 2.15pm. Waktu sampai tu terus pergi kaunter, dah boleh check-in pun. Lepas tu terus naik ke bilik untuk simpan beg. Hotel ni ada 2 lift tapi 1 je berfungsi. Bila waktu check-in ramai la guest yang nak guna lift. Kena beratur la pulak sebab lift pun tak boleh masuk ramai.
Superior Twin Room
Bilik yang pakcu dah book ialah superior twin room. Size bilik ni agak luas & lengkap dengan fasiliti. Cuma waktu pakcu nak tengok TV tu tetiba tak boleh on. Lepas pakcu complaint, dapat ganti dengan TV baru. Saiz TV pun agak besar dengan kualiti HD yang baik. Sepanjang pengalaman pakcu tidur di hotel, inilah saiz TV paling besar pernah jumpa.
Bilik ni takde balcony dan view dari bilik adalah mengadap parking. Tapi nampak juga la sipi-sipi pantai tu sebab hotel ni tak jauh pun dari pantai. Boleh dikatakan kebanyakan bilik di sini bukannya terus menghadap pantai.
Untuk maklumat lanjut TSR Hotel ni boleh survey di Booking.com
Dataran Teluk Kemang
Lepas asar terus turun dari bilik untuk cari makan sebab kawan pakcu ni belum makan lagi. Disebabkan hotel ni memang dekat dengan Dataran Teluk Kemang, pakcu jalan kaki je nak pergi ke kedai makan di kawasan dataran tu. Kedai makan kat sini ada banyak. Pilihlah mana yang berkenan. Harga pun berpatutan.
Lepas makan, pakcu lepak-lepak tepi pantai melihat panorama Teluk Kemang yang dipenuhi orang ramai. Pakcu pun bukan buat apa sangat kat sini. Datang nak melepak tepi pantai je.
Matlamat sebenar nak tengok sunset kat laut. Dah lama sangat tak dapat tengok view macam tu. Nak mandi laut pun macam tak berkenan pulak tengok air yang tak berapa jernih tu. Maklumlah dah biasa mandi air laut yang jernih. hehehe.
Sempat sejam lebih je melepak kat pantai. Pastu tetiba angin kuat dan ribut melanda Teluk Kemang. Bertempiaran pengunjung yang tengah bersuka ria tu cari tempat berteduh.
Waktu langit dah gelap gelita tu pakcu dah memang bergerak menghala ke hotel pun. Tu pun kena juga hujan. Harapan nak tengok sunset memang tak kesampaian la. Nasib baiklah pakcu bermalam kat sini. Ada juga la peluang esoknya nak lepak pantai lagi.
Makan Malam
Disebabkan hujan, maka terperap je la dalam bilik. Jam 9pm dah mula terasa kebosanan. Pakcu pun ajak kawan pakcu pergi makan. Sekali lagi kami makan di Dataran Teluk Kemang sebab malas nak drive. Nanti susah pulak nak dapat parking bila balik hotel. Pakcu makan Mee Bandung Muar. Not bad juga la mee bandung kat sini.
Tengah sedap melantak, hujan turun agak lebat. Nampak gaya memang takde harapan la nak lepak kat pantai di bawah cahaya rembulan. Malang betul nasib. Lepas makan tu terus balik ke bilik sambil tengok TV sementara tunggu nak tidur.
Pantai Teluk Kemang Luas Terbentang
Mujurlah cuaca hari kedua pakcu di sini agak baik juga. Boleh sambung lepak-lepak kat pantai. Hari Ahad memang agak ramai pengunjung. Dari pagi lagi orang dah mula datang mencari lokasi strategik untuk berkelah.
Leave a Reply