Kali ni topik pasal pintu kereta pulak yang tak boleh lock/unlock guna remote. Baru je post topik pasal kereta dalam post Punca Kereta Jadi Berat Dan Lambat Pickup. Nampak gaya tak berkesudahan masalah kereta pakcu ni.
Masalah ni jadi waktu pakcu baru balik dari bengkel untuk masalah kereta jadi berat dan lambat pickup tu. Lepas balik dari bengkel, pakcu terus pergi ke kedai makan sebab perut pun dah lapar. Waktu keluar dari kereta macam dah tekan remote untuk lock. Tapi waktu nak masuk semula dalam kereta tu pakcu perasan pintu tak berkunci. Mujurlah takde tinggal barang berharga.
Pakcu pun terus gerak balik ke rumah dan terfikir juga kenapa boleh lupa lock kereta. Dah sampai kat parking rumah, pakcu cuba lock guna remote tapi tak berjaya. Cuma lampu je yang berkelip-kelip. Dah tekan 2-3 kali masih tak berjaya. Pakcu pun lock secara manual guna kunci.
Sebelum ni, kalau bateri remote tu dah weak, alarm akan selalu berbunyi tapi kali ni tiada masalah dengan alarm. Sekali lagi kepala pakcu berserabut sebab memikirkan apa pulak masalah kali ni.
Keeseokannya pakcu keluar di kawasan berdekatan rumah dan kebetulan lalu di kedai aksesori kereta. Tetiba terfikir nak tukar bateri remote sebab mungkin ada masalah bateri. Lepas tukar try lock/unlock masih tak berjaya. Bertambah stress lagi pakcu.
Inilah Puncanya Pintu Kereta Tak Boleh Lock/Unlock Guna Remote
Pakcu cuba google nak tau kalau ada orang pernah jadi masalah macam kereta pakcu. Ada 1 blog pakcu jumpa yang mana dia listkan kemungkinan punca masalah tu. Lupa pulak apa nama blog tu untuk bagi kredit. Pakcu cuba salah satunya yang membuatkan pakcu tergelak dengan kebodohan sendiri. hahaha.
Bonet Tak Tutup Rapat
Waktu pakcu servis kereta di bengkel tu, rupa-rupanyaย bonet tu foremen tak tutup rapat. Waktu pakcu tutup rapat barulah remote tu boleh lock/unlock macam biasa. Terungkailah persoalan kenapa tak boleh lock/unlock guna remote.
Cuma alarm kereta je meraung kejap dan pakcu cuma tekan alarm reset button. Bila tekan button tu, alarm pun dah senyap dan tidak lagi berkelip-kelip.
Berfikir Di Luar Kotak
Bila dah stress ni kadang-kadang tak boleh nak berfikir secara logik untuk selesaikan masalah. Ada masanya yang masalah tu simple tapi cara nak selesaikan masalah tu dirumitkan. Yang penting, kena tenang dalam selesaikan masalah. Jangan rumitkan perkara remeh.
Alia says
Hahaha samalah. Terima kasih banyak. Membantu sangat ๐๐๐
PakcuFiq says
Sama-sama..
Tu lah kadang2 puncanya remeh je tapi tak terfikir kan. ๐
Aris says
Kereta saya pula bila saya tekan lock button dekat kunci dia cuma bunyi beep banyak kali tapi kereta tak berkunci. Mcm mana tu?
Pakcufiq says
semua pintu tak terkunci ke?
kadang2 tombol yg lock pintu dah jammed/tersangkut.
napiKERATONG says
pak cu..klu tak tutup bonet rapat..kat penal meter tu memang xde menyala ye..sbb masalh kereta saya pn sama..nk kena lock manual pulak dh..klu nk unlock guna remote ok plak..bateri remote dh baru..hmmmmmmm
Pakcufiq says
kalau kereta pakcu cuma pintu tak rapat je indicator tu menyala.
Bonet tak rapat memang xde menyala pun..
kereta pakcu jadi macam tu kalau bonet depan tak rapat.
bonet belakang tak rapat tu ok pulak tkde masalah lock/unock.
Amir says
Saya punya baru kne la pakcu.. Semua saya dah check.. Masih sama.. Lampu remote kereta nyala.. Tapi sama tak boleh kunci.. Jem pala
Pakcufiq says
Setakat ni kalau pakcu punya pengalaman ada 2 je. Samada bateri remote ataupun ada bonet tak rapat.
Kalau tak boleh juga memang kena hntr bengkel utk check
kereta perodua says
aiseymen.. naya pak karim. nasib baik tak tukar 1 set alarm.. tp yela, kadang kita pun tak perasan.
Pakcufiq says
tu la..benda simple kadang terlepas pandang
Suriana says
Kunci lock x fungsi. Bila nak lock x detect. Tp bila saya try bukak pintu n tekan ada bunyi beep. Kena lock guna remote. Boot pun sama. Sblm ni x perlu inclock pun, kalau nak bukak. Tapi skrg kena tekan guna remote tuk bukak.