Punca kereta jadi berat ni sekali lagi merunsingkan pakcu. Sebab pakcu baru je repair untuk masalah CVT menyala seperti post pakcu sebelum ni. Mungkin dah masuk musim kereta rosak agaknya.
Sebenarnya, lepas masalah CVT tu selesai, pakcu tetap rasa tak puas hati dengan performance kereta. Masalah ni berlaku secara konsisten iaitu:
- Kereta terasa berat dan lambat pickup
- Bunyi enjin agak kuat bila kelajuan mencecah 80km/h
- Agak sukar nak melepasi kelajuan 100km/h
- Minyak petrol cepat habis
Mula-mula pakcu terfikir nak hantar ke bengkel yang sama waktu repair CVT tu. Tapi rasa macam nak cuba bengkel lain sebab masalah CVT tu macam dah selesai.
Punca Kereta Jadi Berat
Pakcu pun hantar ke bengkel berdekatan rumah. Setelah bagi penjelasan, pakcu bersama foremen tu test drive. Lepas tu baru buat inspection. Rupa-rupanya inilah puncanya.
Minyak Enjin
Menurut kata foremen tu, kemungkinan besar minyak enjin tu adalah recycle yang mempengaruhi perfomance kereta. Tanggapan ni berdasarkan kepada pemerhatian keadaan minyak yang dikeluarkan tu. Kalau diikutkan tempoh servis sepatutnya masih ada baki 2000km lagi.
Pakcu terfikir ada logiknya foremen tu kata macam tu sebab sebelum ni walaupun milleague dah lebih tetap takde masalah yang ketara. Lepas ni dah boleh blacklist bengkel yang selalu pakcu pergi tu.
Brake Pad
Ini lagi misteri sebab tetiba foremen tu tanya baru tukar brek ke? Sebab yang terbaru pakcu cuma tukar sensor CVT tu je dan memang takde kaitan dengan brek. Dia pun tunjuk brek tu memang masih baru dan tebal lagi. Tak ori pulak tu.
Bengkel yang repair CVT tu pun tak beritahu yang dia tukar brek dan memang takde dalam list pun. Ni pun antara punca yang memberatkan kereta juga sebab bila brek tu masih tebal, cengkaman jadi kuat. Foremen tu pun setting brake Pad tu supaya tidak terlalu mencengkam.
Sekali lagi pakcu rasakan bengkel yang pakcu repair CVT tu cuba nak guna taktik kotor untuk buat sesuatu supaya pakcu datang lagi ke bengkel. Maklumlah waktu dia repair tu pakcu takde di situ. Mungkin bila datang lagi tu apa pulak yang dia kata rosak. Terbang melayang la duit pakcu nanti. Bengkel ni pun dah masuk pakcu punya blacklist.
Ada Perubahan
Selepas dua perkara tu diselesaikan, perfomance kereta ada sedikit perubahan. Jawapan kepada punca kereta jadi berat dan lambat pickup akhirnya ditemui walaupun belum dianggap berjaya 100%. Pakcu masih belum puas hati sepenuhnya. Seolah ada lagi yang perlu dilakukan.
Pentingya Ilmu Berkenaan Kereta
Secara asas, sebagai pengguna kereta memang kena tau juga pasal komponen kereta ni supaya tak mudah ditipu. Kalau bengkel yang jujur tu selamatlah kereta dan poket kita. Kalau yang tak jujur tu habis lah jahanam jadinya. Rajin-rajinlah membaca dan dapatkan info seperti dalam Portal Mekanika ni.
Kepada peniaga yang tak jujur tu, beringatlah. Keuntungan yang anda dapat dari hasil menipu memang takkan berkat.
Nor hidayatul najwa binti ab khadir says
Nak tanya kalau kereta lambat sebab cc kereta jgk ka tp seblm ni bawak tak la rasa slow mcm tu dlu blh p 80 km ni stkt 60 ja klau brhnti kt simpng nk mla brjln mcm kura²
Pakcufiq says
kadang-kadang ada faktor lain contohnya minyak enjin.
Jannah Jannah says
Assalamulaikum pak cu..simptom masalah kereta pak cu dgn saya sama, but stereng x gegar, usia kereta baru 4 tahun lebih..so risau jgk klau masalah gearbox dah la duit x bape nk ckup nk overhaul..huhu
blogpakcu says
wa’salam..
Biasanya kalau usia 4tahun ni jarang ada masalah gearbox yg perlu overhaul.
yg penting minyak gearbox & filter kena tukar ikut jadual.
Kalau ada bengkel yg nak buat overhaul, cuba cari bengkel lain dulu.
Macam kes pakcu ada bengkel yg terus minta tukar gearbox seketul.
harga dh la 6-7k juga tu.
Nasib baik ada survey bengkel lain juga..rupanya masalah utama bkn gearbox..huhu selamat duit pakcu.