KL Forest Eco Park agak unik dan menarik sebab berada di tengah-tengah pusat Bandar Kuala Lumpur. Jika nak beriadah berkonsepkan alam semulajadi di Kuala Lumpur, di sinilah antara tempat yang menarik. Hutan di sini adalah hutan semulajadi walaupun di sekelilingnya adalah pembangunan moden kota metropolitan.
Setelah hari-hari mengadap jalan sesak waktu ulang alik pergi kerja dan dikelilingi bangunan pencakar langit, mungkin di sini boleh jadi alternatif untuk cari ketenangan.
Apa Yang Menarik di KL Forest Eco Park?
Ini adalah antara tempat menarik di Kuala Lumpur yang sudah pasti menjanjikan pengalaman menarik untuk para pengunjung. Berikut merupakan kemudahan yang ada di sini:
1. Canopy Walk
Yang paling menarik di sini ialah canopy walk. Dari atas canopy walk boleh nampak dengan jelas pemandangan hutan di samping kawasan pembangunan di sekeliling. Kepada yang gayat tempat tinggi, mungkin tak sesuai naik canopy walk ni.
Panjang keseluruhan canopy walk ni dianggarkan sejauh 200m. Sepanjang laluan tu terdapat beberapa station yang siap bertangga. Ketinggian laluan akan berbeza setiap station ni.
2. Trail
Bukan setakat canopy walk tetapi kat sini pun ada trail tak ubah seperti menyelusuri hutan. Suasananya memang cukup tenang dan mendamaikan. Terasa seperti bukan berada di Kuala Lumpur.
Maklumat Lanjut
Alamat : Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi : 8am-5pm
Pintu masuk : Ada 2 pintu masuk iaitu di Jalan Raja Chulan dan Menara KL
Portal Rasmi : https://www.forestry.gov.my/en/wp-kuala-lumpur/taman-eko-rimba-kuala-lumpur
Cara Pergi Ke KL Forest Eco Park Naik Public Transport
Stesen LRT yang terdekat ialah LRT Dang Wangi dan kalau naik monorel pula boleh turun di Stesen Bukit Nenas. Kemudian boleh naik grab atau berjalan kaki anggaran 1.5km.
Harga Tiket KL Forest Eco Park
Sebelum ni masuk ke sini adalah percuma tetapi bermula tahun 2020, ada bayaran yang dikenakan. Bayaran adalah seperti berikut:
Secara keseluruhan, tempat ini adalah sangat menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. Sesekali merasai suasana hutan di tengah-tengah Kuala Lumpur yang pesat membangun memang menyeronokkan.
Mungkin pihak pengurusan boleh tingkatkan lagi fasiliti dan tarikan yang ada di sini. Contohnya seperti di Taman Herba yang seperti tidak terurus dan tak banyak pilihan pokok herba yang boleh dilihat.
Leave a Reply