• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Archives for March 27, 2021

Bisnes Modal Kecil Untung Besar

March 27, 2021 by Pakcufiq Leave a Comment

Bisnes modal kecil yang memberikan untung besar sememangnya dicari-cari.  Sesungguhnya, bisnes dan modal memang tidak dapat dipisahkan. Kepada yang baru nak cuba berniaga, mungkin boleh cuba dengan bisnes modal kecil ni.

Senarai Bisnes Modal Kecil Untung Besar

Berikut merupakan cadangan bisnes yang boleh dicuba:

Bisnes Air Balang

Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

bisnes modal kecil

Bisnes Aiskrim

Aiskrim sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tambahan pula Malaysia mempunyai cuaca panas yang panjang. Memang bagus sangat untuk buat bisnes aiskrim ni.

Inilah salah-satu perniagaan yang…

  • Tidak memerlukan modal runcit yang besar,
  • Tidak memerlukan kepakaran atau skill yang tinggi,
  • Tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.

bisnes modal kecil

Bisnes Burger

Burger memang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan ia antara makanan yang dicari terutama pada waktu malam. Jika dilihat pada bisnes burger ni, peniaga boleh bertahan agak lama. Ini menunjukkan permintaan dari pelanggan sangat tinggi.

Bisnes Bakeri

Bakeri telah menunjukkan trend yang popular. Boleh dikatakan bisnes ini mempunyai potensi yang besar. Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah!

  • Kos Pemulaan Yang Kecil
  • Tidak perlu terlalu menjual. Cukup sekadar kita menunjukkan gambar dan harga! Jika pelanggan suka, mereka akan order!
  • Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!
  • Urusan Rumahtangga Masih Terjaga!

Bisnes Tudung

Salah satu bisnes yang cukup popular bagi kaum wanita. Bisnes tudung ni boleh dibuat dengan simpan stok sendiri ataupun boleh dibuat secara dropship atau menjadi agen sahaja.

Benarkah bisnes tudung sudah tepu dan banyak persaingan?

Memang kita nampak ramai orang yang jual tudung… tapi.. dalam masa yang sama.. permintaan dan pasaran tudung ini juga sangat besar. Orang yang pakai tudung pada zaman kini, sangat ramai… malah, boleh saya katakan, majoriti wanita islam di Malaysia hari ini, memakai tudung. Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee… zaman dulu, memang segelintir sahaja wanita yang memakai tudung.

Bisnes Shopee

Untuk berniaga di shopee sememangya tidak perlu modal yang besar. Sebabnya kita hanya boleh buat di rumah dan simpan stok di rumah sahaja. Maka, tak perlulah nak cari kedai untuk disewa.

harus diingat bahawa shopee merupakan platform yang paling dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, potensi untuk buat bisnes di shopee sangat bagus.

bisnes modal kecil

Bisnes Makan Delivery

Ini juga antaran bisnes yang mudah untuk dimulakan dengan kos yang rendah serta sentiasa ada permintaan yang tinggi! Anda hanya boleh lakukan di rumah sahaja.

Kos yang terlibat hanya kos penyediaan makanan bahan makanan dan pembungkusan.

Filed Under: BISNES

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jan   Jun »

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 · pakcufiq.com