• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Negeri Sembilan
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Thai
    • Citarasa Melayu
  • SANTAI
  • TIPS
  • KESIHATAN
  • BISNES

Blog Pakcu Fiq

Hanya Sekadar Coretan Biasa

Trip Jakarta-Bandung Dan Itinerary Untuk 5h4m

November 29, 2019 by Pakcufiq 6 Comments

Trip Jakarta-Bandung ni pakcu hanya pergi berdua dengan kawan. Disebabkan trip ni dah lama dan blog ni pula baru dibina maka banyak la cerita yang tak lengkap. Banyak info yang dah lupa pun. Sedikit sebanyak boleh la pakcu cerita kat korang semua.

Trip ni pun berlaku last minit bila kawan pakcu tu tetiba ajak teman dia travel. Plan asal nak terus terbang ke Bandung dari KLIA tapi harga flight agak mahal juga. Maklumlah bukan waktu promo dan last minit pula.

Akhirnya kami buat keputusan untuk transit di Jakarta sebab flight Air Asia pun tak lah terlalu mahal. Lebih kurang RM235 untuk return. Maka jadilah trip jakarta-bandung.

trip jakarta-bandung
Tugu Monas mercu tanda Jakarta

Lepas dah beli tiket flight masing-masing mendiamkan diri. Seminggu sebelum bertolak tu baru la kelam kabut nak fikir pasal itinerari, nak tukar duit, nak google pasal Bandung. Sebenarnya, kami memang dah biasa pun travel last minit. Yang penting, kena sentiasa kekal tenang.

Itinerari 5h4m Untuk Trip Jakarta-Bandung

Secara ringkasnya, inilah aktiviti kami berdua sepanjang 5h4m. Takdela padat sangat aktiviti tu sebab nak santai-santai je. Pakcu dah ringkaskan dan masukkan sekali kos tu.

Hari Pertama

0800 : Tiba di Soekarno Hatta Airport dan terus keluar dari airport untuk ke stesen bas.
0830: Naik Damri Bus untuk ke Train Station Gambir (IDR40k)
0950: Tiba di Stesen Gambir dan beli tiket train ke bandung (IDR110k untuk kelas ekonomi). Sementara nak tunggu train 11.30am, kami makan di restoran Baso Malang. Menunya cuma nasi goreng special+air mineral (IDR44k)
1130: Bertolak dari Stesen Gambir ke Stesen Bandung
1500: Tiba di Stesen Bandung dan berjalan kaki lebih kurang 1.3km hingga ke Braga Citywalk. Di sini kami cuma jalan-jalan je sambil cari hotel di Agoda. Bila dah dapat hotel, kami naik gojek untuk ke hotel tu sebab agak jauh juga nak jalan (IDR22k@IDR11K /head)
1645: Check in Arwiga Hotel untuk 3 malam (IDR540K@IDR270K/head)

Hari Kedua

0830: Breakfast di Restoran Dapur Cihampelas. Menu nasi goreng ikan masin+lemon tea (IDR33K)
0915 : Jalan-jalan sekitar hotel untuk beli simcard (IDR142k)
1100: Pergi ke Tangkuban Perahu. Tapi agak malang sebab tempat ni tutup sebab ada gegaran kecil. Kami cuma masuk ke pusat kawalan tu je. lepas tu ke Ladang Teh. Kat sini kena scam pulak dengan guide kat situ. Huh (IDR150k)
1330: Floating Market. Kena bayar entrance fee (IDR20k) dan parking motor (IDR5k)
1500: Lunch di Cihampelas Walk iaitu di Restoran Geprek Bensu. Menu nasi ayam geprek, teh ais, air mineral (IDR30k)
1630: Shopping di Toko Tiga
2000: Jalan-jalan di Cihampelas Mall

Hari Ketiga

0800: Bertolak ke kawah putih
1030 : Makan di gerai yang ada di pintu masuk utama ke Kawah Putih. Menu nasi goreng+Teh O Panas (IDR24K)
1100 : Naik ke kawah putih. Fee (IDR95k) termasuk transport dan face mask

Waktu petang & malam tiada aktiviti sebab kawan pakcu kurang sihat.

Hari Keempat

0830: Check out dan beli ole-ole di pusat ole-ole
1030: makan di gerai berdekatan Stesen Bandung (IDR44k)
11.30: Bertolak ke Jakarta
1530: Check in B Shawl Hotel (IDR210k@IDR105K/head)
1730: Makan Nasi Ayam Geprek+Teh O (IDR27K)
1815: Naik grab ke Thamrin City & Grand Mall (IDR16k@IDR8K/head)
2045 : Naik grab ke Tugu Monas (IDR23K@IDR11.5K/head)
2200: Makan malam di gerai berdekatan Tugu Monas (IDR20K)

Hari Kelima

0745 : Check out
0800 : Jalan kaki ke Tugu Monas
0900 : Makan (IDR30k)
0945: Naik Grab ke Kota Tua (IDR60K@IDR30K/head). Masuk ke muzium dan kena bayar entrance fee (IDR5k)
1100 : Naik grab untuk pergi ke Airport (IDR81K@IDR40.5K/head)
1200: Makan KFC di airport sementara nak tunggu flight (IDR110K)
1400: Bertolak ke KLIA2

Trip Bajet 5H4M Dengan Kos Hanya RM600!

Secara keseluruhan, kos yang dikeluarkan seorang untuk trip jakarta-bandung adalah RM600 termasuk flight, makan minum, hotel, transport, dll. Sebenarnya banyak tempat yang kami tak pergi terutama waktu di Bandung. Bukan semua tempat yang kena dengan jiwa.

Sewaktu di Bandung, kami hanya sewa motorsikal untuk 2 hari untuk ronda-ronda. Di Jakarta pula banyak berjalan kaki dan guna grab.

Artikel Berkaitan:
Train Jakarta Ke Bandung : Hari Pertama
Tempat Menarik Di Bandung – Hari Ke-2
Kawah Putih Bandung Yang Mempersona : Hari Ke-3
Jakarta Yang Meriah Di Waktu Malam : Hari Ke-4
Kota Tua Jakarta Menyimpan Sejarah Menarik: Hari Ke-5

Related posts:

Tempat Menarik Di Bandung - Hari Ke-2
Kota Tua Jakarta Menyimpan Sejarah Menarik: Hari Ke-5
Kawah Putih Bandung Yang Mempersona : Hari Ke-3

Filed Under: Indonesia, Jakarta-Bandung, MAKAN ANGIN

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SIAPAKAH GERANGAN

* Seorang pakcu yang macho tapi masih single (^_^)v.
* Part Time Blogger.

Contact : admin@pakcufiq.com

Mari Berhubung

Categories

  • BISNES
  • CARI MAKAN
    • Citarasa Korea
    • Citarasa Melayu
    • Citarasa Thai
    • Kek & Roti
  • KESIHATAN
  • MAKAN ANGIN
    • Indonesia
      • Jakarta-Bandung
    • Malaysia
      • Lokasi Staycation KL & Selangor
      • Negeri Sembilan
      • Terengganu
  • SANTAI
    • KL Forest Eco Park
  • SEMBANG KEDAI KOPI
  • TIPS

Terbaru

  • Pulau Perhentian Besar – Trip 2H1M
  • Pengalaman Buat Lasik di KPJ : Femto-Lasik
  • Sunrise Pulau Perhentian Kecil | Memang WOW!
  • Snorkelling Trip Pulau Perhentian | Memang Terbaik
  • Trip Pulau Perhentian Kecil 3H2M

Datar UNIFI Sekarang!

Footer

PENAFIAN

Semua catatan, gambar dan kandungan dalam blog ini dimiliki oleh pakcufiq.com (kecuali dinyatakan sebaliknya). Sebarang kandungan dalam blog ini tidak dibenarkan untuk digunakan di laman web pihak yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik blog pakcufiq.com. Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke admin@pakcufiq.com.

June 2025
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
« Aug    

Search

Tags

seram

Copyright © 2025 · pakcufiq.com